Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita tak sedar ada perkara yang kecil atau remeh pada pandangan kita tapi besar maknanya pada anak-anak.
Perkara-perkara remeh ini boleh menjadi kenangan terindah yang akan anak-anak bawa sepanjang hayat.
Mungkin pada kita tak penting, tapi bagi mereka, perkara itu memberikan rasa dihargai, disayangi dan diperhatikan.
Mari kita lihat tujuh perkara yang mungkin nampak biasa, tapi bermakna besar dalam hati anak-anak kita.
1.

Anak yang dengar kita cakap benda positif pasal mereka akan rasa lebih yakin. Mereka tahu kita bangga dengan mereka, walaupun perkara kecil je.
2.

Kadang, anak-anak perlukan masa berdua dengan kita untuk rasa dihargai. Walaupun sekejap, bagi mereka tu adalah momen yang buat mereka rasa istimewa.
3.

Bila kita kongsi cerita masa lalu, anak bukan je rasa lebih rapat dengan kita, tapi mereka juga belajar nilai dan pengajaran dari pengalaman kita.
4.

Kadang-kadang mereka cuma perlukan kita ada di sisi bila mereka sedih, tak perlu nasihat panjang-panjang pun. Kehadiran kita tu buat mereka rasa lebih kuat untuk hadapi apa yang mereka lalui.
5.

Bila kita support minat mereka, anak rasa kita percaya pada mereka. Mereka akan lebih bersemangat untuk explore dan belajar lebih lagi dalam bidang yang mereka suka.
6.

Pujian ikhlas tanpa perbandingan buat anak lebih yakin dengan usaha sendiri. Mereka belajar yang kita hargai setiap usaha, tak perlu jadi lebih baik dari orang lain untuk dihargai.
7.

Waktu sebelum tidur tu, bila kita bacakan buku, mereka rasa lebih tenang dan selamat. Walaupun kita penat, luangkan masa baca sikit pun dah buat mereka rasa kita ada untuk mereka.
Baca juga: Cara Urus Emosi Anak Tanpa Marah-Marah
Setiap detik yang kita luangkan, walaupun nampak kecil atau tak penting, sebenarnya memberi kesan yang mendalam pada perkembangan emosi dan psikologi anak-anak.
Memahami betapa bermaknanya perkara-perkara kecil ini boleh membantu kita menjadi ibu bapa yang lebih peka dan hadir dalam kehidupan mereka.
Jadi, teruskan melakukan perkara-perkara kecil ini dengan kasih sayang kerana kita bukan sahaja mencipta memori manis, malah membina asas emosi yang kuat untuk anak-anak di masa depan.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.