Dulu, saya pun tertanya, nak ajar apa dekat anak-anak semasa mereka usia 1 tahun. Masa tu kami suami isteri pula masih mengajar dekat sekolah, jadi kesempatan yang ada nak luangkan masa dengan anak sambil buat perkara yang berkualiti.
Sayang jika dibiarkan, sebab masa umur ini otak mereka ibarat span. Jadi, saya usahakan beraktiviti dan ajar mereka 10 aktiviti homeschool ini. InsyaAllah, semoga semua aktiviti yang saya senaraikan ini dapat merangsang minda, memupuk kreativiti dan menyerlahkan potensi anak-anak dalam pelbagai cabang.
Ibu bapa perlu bersabar selain ‘sporting’ melayani ragam anak-anak 1 tahun ini. Biarkan anak anda bermain dan berseronok sememangnya itulah ‘kerja’ seorang kanak-kanak. Selamat mencuba!
Aktiviti Keagamaan
Paling penting, perkenalkan anak-anak dengan Pencipta, dan didik anak mengikut acuan Islam dan sunnah Nabi Muhammad. Perkukuhkan aqidah, pemikiran yang salim buat anak-anak. Boleh buat aktiviti yang boleh mantapkan akidah anak, buat aktiviti melibatkan seluruh isi rumah seperti ajak anak solat.
Walaupun masih 1 tahun, anak sebenarnyan dapat belajar melalui pemerhatian dan contoh yang kita tunjukkan. Kita juga boleh biasakan anak dengan amalkan doa sebagai rutin, buat aktiviti yang boleh memperdengarkan anak-anak alunan Al Quran, ajar mereka zikir dan selawat bersama.
Aktiviti Memperkenalkan Perkataan Baharu
Untuk anak 1 tahun, tak perlu ajar mereka secara drilling, santai saja sambil tukar pampers mereka, semasa makan atau semasa kita snuggling mereka. Yang penting buat pengulangan pada peringkat ini. Konsisten untuk buat pengulangan benda yang sama kita cakap banyak kali.
Anggota badan: Tunjuk bahagian tubuh badan anak dan minta anak belajar untuk sebut.
Bunyi haiwan dan nama haiwan: kucing -meowwww, harimau -aummmm
Nama anak: sebut nama sebenar mereka juga selain nama panggilan mereka
Nama ahli keluarga: ayah, ibu, abang adik, atuk, nenek
Adab: Ucap terima kasih, sama-sama, tolong, minta maaf
Nama kenderaan: Kereta, bas, basikal
Makanan dan keperluan: Didik anak untuk menyebut nama makanan kegemaran mereka dan alat yang diguna semasa makan seperti garfu, sudu, pinggan.
Perkataan yang menunjukkan apa yang mereka perlu atau mahu: ya, tak, nak, tak nak, bagi saya,
Warna: Warna primer seperti merah, biru dan kuning.
Aktiviti Baca Buku Bersama
Buku merupakan incredible teacher of language. Perasan tak dengan hanya melihat gambar yang terdapat dalam buku, anak-anak bersemangat untuk belajar objek baharu, warna, bentuk dan lain-lain.
Mereka akan tunjuk gambar dan kita sebutkan. Untuk anak 1 tahun, kita tak perlu baca semua perkataan yang ada dalam buku, tapi hanya tunjukkan gambar dan ceritakan mengenainya.
Tidak mengapa jika attention span bertahan 3 helai saja, asalkan kita biasakan anak-anak dengan buku. Semasa membaca galakkan anak untuk membelek buku. Untuk umur ini, berikan anak buku jenis Flip-The-Flap, Board Books, Musical Books, Soft Book ataupun BusyBook. .
Aktiviti Untuk Rangsang Perkembangan Bahasa Anak
Selain masalah kesihatan dan faktor genetik, kurangnya stimulasi bahasa daripada persekitaran juga menjadi punca anak-anak lambat bercakap (speech delay ). Jadi, sangat penting untuk kita memainkan peranan dengan banyakkan berinterasi dengan anak.
Semasa bertutur, pandang mata mereka dan buat eksperesi yang membantu anak memahami lagi perkataan yang kita sebut. Sesekali guna bahasa untuk huraikan perlakuan mereka dan kaitkan dengan perkataan baharu yang mereka belajar
Contohnya “Ohhh, adik main baling bola merah”, “
Aktiviti Yang Dapat Galakkan Berdikari
Semasa umur 1 tahun, anak akan cuba buat perkara tanpa bantuan sesiapa. Mereka akan cuba capai sudu, berus gigi dan mereka cuba terokai. Satu cara yang kita perlu buat ialah beri mereka peluang untuk belajar. Contohnya, tanggalan stokin, tanggalkan seluar, letak seluar dalam bakul, buka tutup bekas.
Aktiviti Pretend Play
Kita wujudkan suasana dan bahan untuk ‘pretend play’ berlaku. Layan dan sertai anak semasa mereka bermain sebab kita dapat membantu perkembangan bahasa anak.
Daya Imaginasi dan kreativiti anak walaupun mereka baharu 1 tahun dapat berkembang dengan pesat lebih-lebih lagi apabila mereka diberikan ruang untuk mencuba dalam pelbagai situasi.
Aktiviti Galakkan Perkembangan Sensori
Banyakkan buat aktiviti rangsang deria anak-anak sebab masa umur ni mereka dah mula rasa perkembangan deria mereka. Sebab jika mengikut Teori Piaget pun, waktu inilah anak mencapai Tahap Perkembangan Sensorimotor iaitu usia 0 hingga 2 tahun.
Aktiviti Luar
Ajak anak jalan-jalan, dan boleh mereka sentuh, pijak rumput, kutip cengerang di pantai, pijak pasir pantai dan lain-lain. Bagi peluang mereke berinterksi dengan alam. Juga, jangan lupa cetuskan elemen tauhid untuk anak-anak, ingatkan mereka seluruh ala mini diciptakan oleh Allah.
Aktiviti Galakkan Perkembangan Motor Anak
Pada peringkat anak awal usia inilah kita perlu banyak memainkan peranan penting merangsang perkembangan fizikal membabitkan perkembangan motor dan merangkumi kemahiran koordinasi otot anak. Salah satu cara, sediakan persekitaran dan permainan sesuai serta selamat.
Contoh Aktiviti Yang Merangsang Perkembangan Motor Halus: melibatkan kemahiran meramas, menggentel, mengoyak, mencubit, menguli, memicit, merenyuk, menjentik, dan merenjis
Contoh Aktiviti Yang Merangsang Perkembangan Motor Kasar: membaling, melontar, menendang, melompat, berguling
Aktiviti Ransang Kognitif
Untuk anak 1 tahun, tak perlu paksa mereka untuk belajar sampai faham. Cuma sambil mereka belajar boleh selitkan Contoh aktiviti rangsang kognitif mereka sesuai untuk anak 1 tahun
- Kenal pasti bunyi
- Kenal pasti warna dan bentuk
- Kenal pasti asas nombor
- Kenal pasti bunyi atau nama huruf
Baca juga: Aktiviti Pembelajaran Seronok untuk Anak Usia 7 Tahun
Semoga dengan setiap aktiviti ini dapat memenuhi masa terluang anda bersama si manja kesayangan. Waktu inilah mereka banyak belajar, jadikan setiap aktiviti kita bersama mereka adalah tempoh mereka belajar secara tidak langsung.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.