Dulu, masa mula-mula nak ajar anak saya membaca, saya ingat ia akan jadi satu cabaran besar. Ini disebabkan pada awalnya, dia memang tak menunjukkan minat langsung. Tapi lepas saya cuba guna buku I Can Read dari awal, alhamdulillah proses tu jadi lebih mudah daripada yang saya jangka.
Kenapa I Can Read Memudahkan Pembelajaran
Pendekatan yang digunakan buku ni memang berbeza sebab kata kunci yang diperkenalkan sangat mudah diingat dan relevan. Tambahn pula dengan bunyi dalam Bahasa Inggeris.
Saya perasan, bila saya ajar satu kata kunci, dia cepat tangkap bunyinya dan mula gabungkan bunyi-bunyi tu untuk sebut perkataan.
Satu lagi, buku ni tak banyak, cuma ada tiga jilid dalam satu set. Jadi, saya tak rasa overwhelmed bila nak rancang sesi pembelajaran untuk anak. Sikit-sikit, anak saya mula lancar membaca.
Dan yang paling penting, dia suka belajar. Saya perasan dia makin seronok setiap kali berjaya baca satu perkataan baru.
Buku-buku dalam set ini dibina secara berperingkat, jadi anak akan mula dengan bunyi vokal dan konsonan asas, kemudian perlahan-lahan diperkenalkan dengan bunyi gabungan yang lebih rumit. Setiap kali anak berjaya mengenal bunyi baru, kita boleh nampak progres mereka dalam bacaan semakin lancar.
Selain tu, dengan adanya buku menulis dalam set ni, anak-anak bukan saja belajar membaca. Tapi juga menulis perkataan-perkataan yang mereka pelajari. Aktiviti menulis ni membantu mengukuhkan lagi ingatan mereka terhadap bunyi dan ejaan perkataan.
Gabungan membaca dan menulis dalam siri ini memang sangat efektif untuk anak-anak yang baru nak mula belajar membaca Bahasa Inggeris.
Anak saya pun memang enjoy sangat guna buku ini. Ini disebabkan setiap latihan tak terlalu panjang dan gambar-gambar dalam buku pun menarik. Bila latihan tak terlalu lama, anak-anak tak cepat bosan, dan proses pembelajaran jadi lebih seronok!
Baca juga: Learning Kit Terbaik untuk Anak Belajar Sambil Bermain
Sekarang, Alhamdulillah anak saya dah lancar membaca dan mampu baca buku-buku cerita lain tanpa banyak masalah. Melihat progres dari mula-mula dia struggle sampai sekarang memang satu perasaan yang tak ternilai.
Memilih Buku Tepat: Kunci Kejayaan Pembelajaran Membaca
Kalau diingat balik, betapa pentingnya pilih buku yang tepat untuk bantu anak kita mula baca dengan cara yang seronok dan tak memaksa. I Can Read memang buku yang berjaya buat pengalaman pembelajaran membaca jadi lebih mudah dan menyeronokkan bagi kami berdua.
Dapatkan buku I Can Read disini!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.