Blog

Lubuk Worksheet Untuk Anak Homeschool

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources

Hari ni saya nak share satu lubuk worksheet percuma yang memang sangat berbaloi. Ini untuk parents yang tengah cari bahan bantu belajar di rumah, especially bagi yang ada anak prasekolah. 

Website Abby the Pup ni ada lebih kurang 2500 muka surat worksheet yang merangkumi pelbagai topik. Topik daripada alphabet untuk anak-anak kecil, nombor, warna, kemahiran hidup, sampai ke sains dan kemahiran membaca.

Saya sendiri pernah guna beberapa worksheet dari sini untuk buat aktiviti santai bersama anak-anak. Mereka seronok sebab rekaannya yang comel dan interaktif. Sesuai sangat untuk anak-anak yang suka variasi dalam cara belajar mereka.

Worksheet ni banyak membantu saya untuk buat sesi pembelajaran jadi lebih fun dan relaks tanpa hilang tujuan utama.

Apa yang menariknya, website ni juga ada video pembelajaran yang sesuai dengan anak-anak prasekolah dan tadika, jadi kalau rasa penat nak ajar, boleh tengok sama-sama dengan mereka.

Kadang-kadang, worksheet ni juga saya print dan buat sebagai aktiviti tambahan kalau anak-anak habis cepat tugasan.

Simple je, buka laptop atau telefon, pilih dan print. Dah tak payah susah hati nak cari bahan tambahan.

Untuk yang nak cuba buat aktiviti pembelajaran di rumah atau cuma nak aktiviti-aktiviti tambahan, Abby the Pup memang satu pilihan yang sangat bagus. Free je, boleh explore dulu dan tengok mana yang sesuai dengan tahap anak-anak.

Baca juga: Checklist Bahan Keperluan Homeschool

workdheet

Jadi, terus boleh download dan print, jimat masa dan sangat sesuai untuk ibu bapa yang nak cari aktiviti tambahan secara cepat dan mudah. Tak perlu fikir panjang atau susah-susah nak cari bahan yang sesuai sebab semuanya dah tersedia di website ni.

Dengan pelbagai pilihan topik dan gaya pembelajaran yang menarik, kita boleh guna worksheet ni sebagai aktiviti ringan untuk anak-anak sambil kita luangkan masa bersama. Best, kan?

worksheetprasekolahtadikaprint

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis