Kalau ada satu benda yang wajib ada dalam bekal alat tulis anak-anak, mesti highlighter! Bukan saja untuk buat nota jadi lebih cantik dan berwarna-warni, tapi item ini memang power bila anak-anak tengah ulang kaji. Kenapa? Jom saya share!
1. Bantu Anak Fokus pada Kata Kunci Penting
Bila tengah baca soalan panjang atau buat nota dari buku teks, highlight kata kunci penting supaya mereka tak terlepas pandang point utama. Contoh, bila buat latihan tatabahasa atau matematik, highlight perkataan macam “jumlah,” “bez,” atau “kenapa.” Anak-anak akan lebih jelas dan tahu apa yang soalan tu nak.
2. Buat Nota Jadi Lebih Mudah Baca
Kadang-kadang nota yang penuh dengan tulisan kecil boleh buat anak cepat bosan atau penat nak ulang kaji. Tapi bila ada item ini, mereka boleh letak warna pada point-point penting dan jadi lebih senang untuk baca semula. Plus, lagi berwarna-warni, lagi best nak baca!
3. Kategori yang Berbeza, Warna yang Berbeza Highlighter
Guna highlighter pelbagai warna untuk kategori yang berbeza. Contohnya, warna kuning untuk definisi, warna hijau untuk contoh dan warna pink untuk formula. Anak-anak jadi lebih senang nak kenal pasti apa yang penting dan ingat point yang mereka highlight masa belajar.
4. Sesuai Sangat untuk ‘Open-Book Test’ atau Ujian Latihan di Rumah
Kalau ada ujian jenis open-book atau ulang kaji di rumah, highlighter ni memang lifesaver. Contoh, masa anak buat latihan ulang kaji, suruh mereka highlight jawapan betul dan periksa balik bila nak ulang kaji lagi nanti. Memang mudah dan tak serabut!
5. Jadikan Latihan Lebih Fun dan Berwarna
Anak-anak kadang-kadang cepat rasa bosan kalau asyik kena baca dan tulis je. Highlighter ni buat belajar jadi lebih menarik. Suruh mereka highlight nota dengan warna-warna kegemaran dan biar mereka explore sendiri. Sedar tak sedar, belajar jadi lebih fun dan produktif!
Baca juga: Senarai Alat Tulis yang Perlu Ada untuk Mulakan Homeschool
Nampak macam benda remeh, tapi highlighter ni memang boleh bantu anak-anak fokus, ulang kaji dengan lebih teratur, dan buat belajar jadi lebih menarik. Jadi, jangan lupa masukkan highlighter dalam list alat tulis mereka ya!
Boleh dapatkan highlighter seperti kami di sini: Highlighter homeschooling

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.