Blog

Ajar Anak-Anak tentang Empati dan Kasih Sayang

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting
empati dan kasih sayang

Empati dan kasih sayang, dua perkara yang memang penting untuk kita tanam dalam hati anak-anak sejak kecil lagi. Kenapa? Sebab bila anak-anak belajar tentang empati, mereka jadi lebih peka dengan perasaan orang lain, lebih faham situasi di sekeliling dan paling penting, mereka akan membesar jadi individu yang prihatin dan baik hati. 

Tapi macam mana nak ajar dua nilai ni dalam kehidupan seharian? 

1. Tunjukkan dengan Contoh

Anak-anak ni, mereka banyak belajar dari apa yang mereka nampak. Jadi, cara paling mudah nak ajar empati dan kasih sayang ialah dengan tunjukkan melalui tindakan kita sendiri.

Contohnya, satu hari, Lais nampak kita tengah tolong jiran yang angkat barang berat. Kita senyum dan tanpa banyak cakap, terus bantu. Lepas tu, kita cakap dengan Lais, “Mama tolong sebab jiran perlukan bantuan. Kita kena selalu bantu orang lain, terutama bila mereka susah.”

Qais pula ada satu hari nampak kita tengah layan sepupu dia yang tengah menangis sebab terjatuh masa main. Kita peluk, tenangkan dan cakap, “Alisya sakit ya, sakit dekat mana tu?

Mamanys sapukan ubat.” Lepas tu, Qais pun datang, usap kepala sepupu dia dan cakap, “Tak apa, abang Qais ada kat sini.” Nampak tak? Anak-anak ni macam sponge, serap apa yang mereka tengok. Bila mereka nampak kita tunjukkan empati dan kasih sayang, mereka pun akan ikut cara yang sama.

2. Cerita-Cerita yang Boleh Memupuk Empati

Masa kita baca buku cerita dengan anak-anak, kita boleh guna peluang tu untuk ajar tentang empati. Contohnya, waktu malam sebelum tidur, saya bacakan cerita tentang kucing yang hilang dari keluarganya.

Sambil baca, boleh tanya, “Macam mana perasaan kucing tu bila dia hilang dari keluarganya?” atau “Apa yang abang adik rasa bila kucing tu jumpa semula dengan keluarganya?”

Dengan cara ni, kita ajar mereka untuk mula fikir tentang perasaan watak dalam cerita dan macam mana situasi tu boleh terjadi dalam kehidupan sebenar. Mereka belajar untuk letak diri mereka dalam situasi orang lain dam itulah asas empati. Kita boleh guna cerita-cerita dari buku, atau kisah dari kehidupan seharian yang mereka mungkin pernah alami atau tengok.

3. Galakkan Mereka Berbual tentang Perasaan

Nak ajar empati juga boleh melalui galakkan mereka berbual tentang perasaan. Contohnya, kalau Lais nampak Qais sedih sebab tak dapat mainan yang dia nak, kita boleh tanya, “Lais rasa apa bila tengok Qais sedih?” atau “Kalau Lais ada dalam situasi tu, apa yang Lais rasa?”

Bila mereka mula cakap tentang perasaan, mereka juga mula faham yang setiap orang ada perasaan berbeza.

Ada satu hari, Lais nampak kawan dia kat taman permainan duduk sorang-sorang, nampak macam sedih. Lais pun tanya kita, “Mama, kenapa kawan tu sedih?” Ini peluang kita untuk ajar empati.

Kita boleh cakap, “Mungkin dia ada masalah, mungkin dia rasa tak sihat. Apa kata Lais pergi tanya kalau dia nak main sama-sama?” Dengan cara ni, Lais belajar untuk tak sekadar perasan bila orang lain sedih, tapi juga ambil tindakan dan tunjukkan rasa prihatin.

4. Sertai Aktiviti yang Menggalakkan Kasih Sayang

Aktiviti yang melibatkan kerjasama dan berkongsi juga boleh jadi cara yang best untuk ajar kasih sayang. Contohnya, buat projek DIY sama-sama, Lais dan Qais boleh buat kad ucapan untuk kawan atau jiran atau tolong kita buat kek untuk dibawa ke rumah nenek. Sambil mereka buat aktiviti tu, kita boleh cerita tentang betapa seronoknya bila kita beri sesuatu yang kita buat dengan penuh kasih sayang kepada orang lain.

Satu hari, Lais dan Qais bantu kita kemas baju-baju lama untuk didermakan. Mungkin mereka tak faham sepenuhnya kenapa baju-baju tu perlu diberi kepada orang lain, tapi kita boleh terangkan, “Ada orang lain yang tak cukup baju, jadi kita boleh bantu mereka dengan beri apa yang kita ada.

Bila kita berkongsi, kita tunjukkan rasa kasih sayang dan prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik.” Aktiviti macam ni bukan je ajar tentang kasih sayang, tapi juga tentang berkongsi rezeki dengan orang lain.

5. Ajar Mereka Tentang Meminta Maaf dan Memaafkan

Empati dan kasih sayang juga berkait rapat dengan keupayaan untuk meminta maaf dan memaafkan. Bila anak-anak buat silap, ajar mereka untuk meminta maaf dengan ikhlas.

Contohnya, kalau Lais secara tak sengaja rosakkan mainan Qais, kita boleh ajar dia untuk minta maaf. Tapi lebih dari tu, ajar juga Qais untuk memaafkan. “Qais, abang tak sengaja. Kalau abang minta maaf, kita maafkan, ya?”

Proses ni ajar mereka tentang dua perkara—pertama, semua orang boleh buat silap, dan kedua, pentingnya untuk memaafkan orang lain bila mereka buat salah. Ini juga bantu mereka untuk jadi lebih memahami dan pemaaf—dua sifat yang sangat penting dalam kehidupan sosial mereka nanti.

Baca juga: Perkara Yang Membentuk Tingkah Laku Anak-Anak

 

empati dan kasih sayang

Empati dan Kasih Sayang, Asas kepada Kehidupan yang Bermakna

Mengajar anak-anak tentang empati dan kasih sayang bukan sekadar untuk buat mereka jadi individu yang baik, tapi juga untuk bantu mereka membina hubungan yang bermakna dengan orang lain. Dengan tunjukkan contoh yang baik, bercerita, galakkan perbualan tentang perasaan, dan libatkan mereka dalam aktiviti yang mendidik kasih sayang, kita boleh bantu mereka faham dan amalkan nilai-nilai ni dalam kehidupan seharian.

Lais dan Qais mungkin masih kecil, tapi dengan bimbingan dan contoh yang kita tunjukkan, mereka akan membesar jadi individu yang penuh empati, kasih sayang, dan sentiasa prihatin terhadap perasaan orang lain. Dan itulah hadiah terbesar yang kita boleh beri pada mereka—kemampuan untuk lihat dunia dengan hati yang penuh kasih sayang.

empatikasih sayangrole modelnilai murni

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis