Pernah tak terfikir, kenapa anak-anak kita bertindak macam mana yang mereka buat? Sebenarnya, ada beberapa benda penting yang membentuk cara tingkah laku mereka setiap hari. Sebagai ibu bapa, kita ni bukan sekadar memerhati dari jauh je, tapi kita ni model utama yang mereka ikut!
Daripada cara kita cakap, macam mana kita atur rutin harian, sampai cara kita bagi ganjaran atau hukuman, percayalah semua tu ada impak besar pada mereka.
Jom kita selami apa faktor utama yang pengaruhi tingkah laku anak-anak kita, dan macam mana kita boleh guna pengetahuan ni untuk bantu mereka jadi versi terbaik diri mereka, insyaAllah.
Meniru: ibu bapa perlu jadi contoh terbaik untuk anak-anak tiru
Tingkah laku biasanya dibentuk daripada apa yang ibu bapa kita buat pada anak-anak. Jadi, kalau kita nak anak-anak berkelakuan baik, kita sendiri kena tunjuk contoh yang baik dulu.
Petunjuk: isyarat, peringatan, susunan, peraturan dan rutin
Anak-anak belajar dengan buat apa yang disuruh dan membina tabiat yang baik. Ini biasanya dilakukan secara sedar atau tidak sedar, dengan konsisten melalui peringatan, isyarat, susunan, rutin dan peraturan yang dibuat. Sebagai ibu bapa, cipta peraturan dan rutin sendiri untuk keluarga kita. Kadang-kadang, kita juga ambil daripada pengalaman zaman kanak-kanak kita sendiri bersama ibu bapa.
Akibat: ganjaran dan hukuman
Tingkah laku yang diberi ganjaran akan bertambah. Tingkah laku yang dihukum akan berkurang. Jenis akibat yang diberikan (sama ada ganjaran atau hukuman) mungkin tak konsisten, bergantung sangat pada mood kita masa tu. Konsistensi sangat penting.
Kasih sayang: difahami dan didengari bersamaan dengan komunikasi yang penuh perhatian
Anak-anak boleh bertindak balas atas pelbagai sebab. Bercakap dengan mereka pada tahap mereka dan betul-betul mendengar apa yang mereka katakan mungkin sudah cukup untuk memperbaiki tingkah laku mereka. Setiap hari, beri satu pelukan pun tak salah, kan?
Baca juga: 5 Tips Ajar Anak Empati
Jadi, tingkah laku anak-anak kita tak muncul begitu saja. Tapi sebenarnya dibentuk oleh apa yang mereka lihat, dengar dan alami setiap hari. Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan besar dalam membentuk cara mereka bertindak dan berfikir.
Semua ini penting untuk kita tunjuk contoh yang baik, beri panduan yang jelas dan paling penting, sentiasa ada untuk mendengar dan memahami mereka.
Bila kita ambil kira semua faktor ni, kita bukan je bantu mereka jadi anak-anak yang beradab dan baik, tapi juga individu yang kuat dan bijak dalam menghadapi hidup.
Ingat, adab dan tingkah laku yang baik bermula dari rumah, dan kitalah yang mencorakkan mereka ke arah yang terbaik!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.