Sensory play merupakan salah satu komponen penting dalam proses pembelajaran anak-anak. Setiap kali saya merancang aktiviti harian mereka, saya sentiasa cuba untuk memasukkan elemen ini supaya sesi pembelajaran jadi lebih menarik dan menyeronokkan.
Bila anak-anak dapat pengalaman belajar sambil bermain, mereka bukan sahaja lebih mudah menyerap ilmu, tetapi juga lebih teruja dan gembira untuk terus meneroka.
Sensory filler ni banyak fungsinya, bukan hanya untuk menghiburkan anak-anak tetapi juga sebagai alat penting untuk membantu perkembangan pelbagai aspek diri mereka. Sebagai contoh, dengan hanya bermain menggunakan sensori materials, anak-anak dapat:
Kepentingan Sensory Filler
- Meningkatkan perkembangan bahasa. Anak akan cuba menamakan apa yang mereka lihat atau rasa.
- Merangsang pertumbuhan kognitif, terutama apabila mereka mula membuat perbandingan tekstur, warna atau bau.
- Membantu menenangkan anak, terutama jika mereka cenderung mengalami mood yang sukar dikawal.
- Merangsang imaginasi dan daya kreativiti, terutamanya apabila mereka mula meneroka bahan-bahan dengan cara yang berbeza.
- Menguatkan kemahiran motor halus dan kasar. Membantu memperkuat pincer grasp yang penting untuk menulis.
- Merangsang deria utama seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, bau dan rasa, sekaligus membantu anak memahami dunia melalui pengalaman deria yang lebih kaya.
- Membantu anak-anak belajar tentang tekstur dan sifat fizikal objek. Jadi mereka belajar membezakan antara licin dan kasar, kering dan lembap, lembut dan keras, semuanya dalam konteks yang menyeronokkan.
Dekat sini saya kongsikan Jenis-Jenis Sensori Filler yang Boleh Dicuba
Peas Sensory

Corn Sensory

Rice Sensory

Playdoh Sensory
Pasta Sensory
Fake Snow Sensory
Baca juga: Eksplorasi Aktiviti Sensori Bersama Anak-Anak
Dengan pelbagai jenis filler yang mudah diperoleh, aktiviti anak-anak akan jadi lebih seronok dan bermakna. Bukan sahaja anak-anak dapat bermain, tapi mereka juga belajar dan berkembang secara holistik.
Sama ada di dalam rumah atau di luar, ianya membantu merangsang deria mereka, memberi mereka peluang untuk meneroka dunia sekeliling dengan lebih aktif dan kreatif.
Jadi, jika sedang mencari cara yang mudah tapi berkesan untuk membantu perkembangan anak, cuba masukkan aktiviti sensori play dalam jadual harian mereka.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.