Blog

Senarai Asas Didikan Agama Islam Ikut Usia Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
didikan agama

Dalam mendidik anak-anak, kita perlu mulakan dengan asas didikan agama Islam sejak kecil lagi. Anak-anak ni amanah dan tanggungjawab kita untuk bimbing mereka kenal Allah, Rasulullah SAW dan asas-asas penting dalam Islam.

Didikan ini bukan saja untuk bantu bentuk akhlak yang baik, tapi juga beri panduan hidup yang jelas untuk masa depan mereka.

Jadi, jom baca senarai asas didikan agama Islam ikut peringkat umur untuk bantu kita ajar anak-anak dengan cara yang penuh hikmah dan kasih sayang.

0-6 TAHUN

  1. Belajar huruf Hijaiyah dan membaca Al-Quran.
  2. Belajar hafal surah-surah pendek.
  3. Belajar mengucapkan kalimah tauhid.
  4. Belajar tatacara berwudhu’.
  5. Belajar zikir dan doa harian.
  6. Belajar adab kepada ibu bapa.

7 – 9 TAHUN

  1. Meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dengan tajwid.
  2. Meningkatkan hafalan surah-surah pendek dan ayat-ayat pilihan.
  3. Belajar asas fiqh dan tatacara solat.
  4. Memahami nilai-nilai moral dan etika Islam.
  5. Belajar adab dengan guru dan masyarakat. Melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kebajikan.

10 – 12 TAHUN

  1. Memperdalam pemahaman Al-Quran dan Hadith.
  2. Memahami konsep akidah Islam.
  3. Belajar tajwid dengan lebih mendalam.
  4. Belajar fiqh berkaitan dengan ibadah-ibadah harian.
  5. Terus menguatkan hafalan surah-surah penting.
  6. Menjelajahi sejarah Islam dan biografi Nabi Muhammad SAW.
  7. Meningkatkan kesedaran sosial dan bakti kepada masyarakat.

13-15 TAHUN

  1. Membina pemahaman mendalam tentang akidah dan aqidah Islam.
  2. Mempelajari fiqh dan tajwid dengan lebih mendalam.
  3.  Belajar sejarah perkembangan Islam
  4. Terus meningkatkan hafalan Al-Quran dan Hadith
  5. Mempelajari konsep-konsep kehidupan Islam yang lebih kompleks.
  6. Menjelajahi isu-isu kontemporari dalam Islam dan dunia.
  7. Terlibat dalam aktiviti dakwah dan khidmat masyarakat.

Sekarang ini pun kami masih lagi dalam proses pelaksanaan untuk mendidik mereka memahami dan mengamalkan nilai-nilai Islam mengikut perkembangan usia mereka dengan izin Allah.

Dalam pendidikan, kami letak nombor 1 pendidikan agama dalam kehidupan seharian supaya anak-anak membesar dengar memahami makna sebenar dan praktikal dari ajaran Islam.

Baca juga: Cara Santai Ajar Anak Pelbagai Bahasa

didikan agama

Apa yang saya tulis hanyalah panduan buat masa ini. Dan perlu diingat bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza.

Semoga perkongsiaan ini membantu anak-anak mengukuhkan asas-asas agama mereka pada peringkat awal dan kemudiannya memperdalam pemahaman mereka seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan usia insyaAllah.

ibadahhafalanIslamusia

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis