Blog

Buku Sehari Sebuah Kisah Bersama Rasulullah

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources
kisah

Sebagai ibu bapa, salah satu cara terbaik untuk mendidik anak-anak adalah dengan memperkenalkan mereka kepada kisah-kisah yang penuh dengan nilai dan pengajaran.

Salah satu usaha yang saya buat adalah dengan memperkenalkan anak-anak kepada kisah Rasulullah SAW. Setiap hari, saya pastikan ada waktu untuk berkongsi kisah Rasulullah dan buku Sehari Sebuah Kisah Bersama Rasulullah ini adalah pilihan yang tepat untuk tujuan itu.

Sehari Sebuah Kisah Bersama Rasulullah

Buku Sehari Sebuah Kisah Bersama Rasulullah diterbitkan oleh AWAL ni memang sangat menarik kerana ia dibahagikan kepada 12 buku, satu untuk setiap bulan dalam setahun.

Setiap buku mengandungi kisah-kisah pendek tentang kehidupan Rasulullah dan yang paling best, setiap buku disusun untuk bacaan sehari satu kisah.

Jadi, untuk bulan Januari ada 31 kisah, Februari ada 28 kisah, dan begitulah seterusnya. Dengan format ini, saya boleh baca satu kisah setiap hari dengan anak-anak sebelum mereka tidur.

Tujuan saya menggunakan buku ini adalah untuk menyuntik nilai-nilai murni dan akhlak Rasulullah dalam kehidupan anak-anak. Setiap kisah memberi pengajaran yang berkaitan dengan adab, akhlak, dan peribadi mulia Rasulullah. Dengan cara yang santai, anak-anak dapat lebih mudah faham dan menghayati kehidupan kekasih Allah ini.

Buku ini juga sangat praktikal kerana penyusunan ceritanya yang mudah difahami dan tak terlalu panjang, sesuai untuk bacaan harian bersama anak-anak. Selain itu, ia membantu saya untuk konsisten mendidik anak-anak dengan cerita yang memberi inspirasi setiap hari.

Baca juga: Apa Yang Anak Belajar Dalam Bab Ibadah?

kisah

Harapan saya, dengan adanya rutin membaca kisah Rasulullah setiap hari, anak-anak dapat mencontohi keperibadian baginda dalam kehidupan mereka.

Bukan saja mereka dapat mengenali Rasulullah dengan lebih dekat, tapi juga mula menyerap nilai-nilai yang diajarkan dalam kisah-kisah tersebut. Buku Sehari Sebuah Kisah Bersama Rasulullah ni memang satu cara yang mudah dan berkesan. Buku ini dapat mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan cinta kepada Rasulullah.

kisahmendidikNabi Muhammadsirah

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis