Pernah tak kita terfikir kenapa penting ajar anak adab yang baik? Bukan setakat nak buat mereka nampak “berbudi bahasa” je, tapi sebenarnya adab ni adalah benda yang akan bentuk mereka jadi orang yang lebih baik dalam hidup. Dan kita sebagai mak ayah, peranan kita sangat penting ajar anak adab yang baik.
Diterima dalam masyarakat
Kalau anak-anak kita ada sifat yang baik ini, contohnya hormat orang tua, cakap dengan sopan atau jaga tingkah laku, mereka bukan je senang diterima dalam masyarakat, tapi orang sekeliling pun akan lebih senang hati dengan mereka.
Fikirkanlah, siapa tak suka kalau anak kita pandai hormat dan tak melawan cakap, kan? Bila mereka beradab, orang lain pun akan hormat mereka balik. Itu satu cara untuk mereka bina hubungan yang positif dengan orang lain.
Kunci hidup tenang
Selain tu, adab yang baik ni sebenarnya kunci untuk hidup yang tenang. Bayangkan anak-anak yang tahu bersabar, pandai bertolak ansur dan tak cepat melenting bila ada masalah, insyaAllah hidup mereka akan jauh lebih chill. Mereka akan lebih mudah urus tekanan dan buat keputusan yang bijak sebab mereka tak bertindak ikut emosi semata-mata.
Masyarakat jadi harmoni
Dalam Islam sendiri, adab ni sebahagian daripada iman. Kalau kita ajar anak, secara tak langsung mereka akan lebih mudah faham dan amalkan ajaran agama. Mereka akan hormat ibu bapa, sayang adik-beradik dan bersikap baik dengan kawan-kawan. Masyarakat kita pun akan jadi lebih harmoni kalau ramai yang beradab dan berakhlak baik.
Tapi, nak anak-anak ada sifat atau adab baik, kita kena start dengan diri sendiri dulu. Anak-anak ni belajar daripada apa yang mereka tengok, bukan apa yang kita cakap.
Kalau kita tunjukkan contoh yang baik seperti cakap elok-elok, tak marah-marah tanpa sebab dan hormat orang lain, tak mustahil anak-anak pun akan ikut cara yang sama. Jadi, kita ni sebenarnya role model mereka dan tanggungjawab tu besar.
Bila anak-anak ada adab yang elok, mereka bukan je akan jadi orang yang berjaya, tapi mereka juga akan bawa kebaikan pada orang sekeliling. Mereka akan jadi individu yang dihormati, disayangi dan mampu jalin hubungan baik dengan orang lain. Paling penting, mereka akan jadi insan yang bawa kebaikan kepada dunia ni.
Baca juga: Perkara Yang Membentuk Tingkah Laku Anak-Anak

Jadi, ajar anak-anak adab ni bukan setakat tanggungjawab kita sebagai mak ayah, tapi juga satu pelaburan untuk masa depan mereka. Adab-adab yang mulia ni adalah benda paling berharga yang kita boleh bagi pada anak-anak kita. Mereka akan bawa nilai-nilai ni sampai bila-bila, dan kita pun akan bangga tengok mereka membesar jadi orang yang baik.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.