Blog

Pengalaman Anak Join Kelas Live Tuition

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources

Dah bertahun anak-anak join kelas live tuition dan boleh kata hampir setiap malam rumah kami ada sesi pembelajaran. Bukan sekadar duduk tengok skrin, tapi mereka memang aktif dalam setiap kelas.

Jadual Kelas yang Konsisten

Ahza, yang sekarang dah Tahun 3, ada kelas setiap Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat dari pukul 8 hingga 10 malam. Afraz pula yang mengikuti kelas Tahun 1, ada kelas dari Isnin hingga Khamis, waktu yang sama, 8 hingga 10 malam.

Yang seronoknya, mereka sendiri yang sentiasa bersemangat nak join kelas. Afraz memang aktif setiap kali cikgu tanya soalan. “Mama, tadi saya jawab dulu masa cikgu tanya pasal magnet!” katanya sambil tersenyum lebar.

Kuiz Interaktif

Dia selalu excited cerita pasal sesi kelas. Cikgu-cikgu pun selalu buat kuiz interaktif untuk pastikan semua pelajar faham apa yang diajar. Saya nampak, Afraz ni suka berlumba-lumba dengan kawan-kawan virtual dia untuk jawab soalan.

Ahza, yang lebih tenang, pun makin menunjukkan keyakinan dalam kelas. Setiap kali cikgu buat kuiz atau tanya soalan, Ahza sentiasa fokus dan cuba jawab yang terbaik. Dia selalu cerita, “Mama, saya jawab betul semua tadi masa kuiz!” Saya suka tengok keyakinan dia semakin bertambah walaupun dalam suasana kelas online.

Pertemuan Face-to-Face dengan Rakan Kelas

Yang paling best,kami pun ada peluang untuk jumpa beberapa virtual classmate mereka face-to-face. Waktu tu, memang suasana penuh dengan excitement. Anak-anak selama ni kenal kawan-kawan dalam kelas secara virtual je, tapi bila akhirnya dapat jumpa depan-depan, mereka sangat teruja.

“Mama, ni kawan saya Ayra, yang saya selalu lawan kuiz tu!” kata Afraz sambil senyum lebar, tak sabar nak kenal lebih dekat kawannya dia yang selama ni hanya dia jumpa dalam skrin.

Walaupun kelas malam ni kadang-kadang buat saya risau kalau mereka penat, saya nampak disiplin mereka semakin baik.

Setiap malam, mereka sendiri yang excited nak join kelas, siap set up tempat belajar tanpa perlu saya ingatkan.

Dan bagi saya, live tuition ni bukan sekadar pembelajaran online yang pasif, tapi ia jadi ruang untuk anak-anak explore dengan cara yang seronok dan interaktif.

Cikgu-cikgu gunakan teknologi dengan bijak, ada kuiz, aktiviti visual, slide menarik, modul pembelajaran dan perbincangan yang buat mereka lebih mudah faham konsep yang diajar.

Baca juga: Cara Menggunakan Google Classroom dalam Homeschooling

Sebagai ibu, saya bersyukur sebab live tuition ni banyak membantu mereka, bukan saja dari segi pembelajaran, tapi juga dari segi keyakinan.

Anak-anak semakin berani nak jawab soalan, semakin faham konsep yang diajar, dan yang paling penting, mereka enjoy setiap langkah dalam pembelajaran mereka.

live tuitionvirtual classmateface-to-facekuiz

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis