Blog

Panduan Menggunakan YouTube Sebagai Alat Bantu Belajar

oleh Hanis Athirah dalam Resources

YouTube bukan sekadar platform hiburan, tapi salah satu resources yang kaya dengan kandungan pendidikan. Dengan pelbagai video yang meliputi hampir setiap subjek, YouTube boleh menjadi alat bantu belajar yang sangat berkesan jika digunakan dengan cara yang betul. untuk memastikan mereka memahami dan seronok belajar.

Sama ada anak-anak sedang belajar Matematik, Sains, Bahasa atau kemahiran kreatif, terdapat pelbagai saluran dan video yang boleh membantu mereka memahami konsep-konsep yang lebih sukar melalui pendekatan visual dan interaktif. Namun begitu, perlu diingat, penggunaan YouTube memerlukan pemantauan dan kawalan yang berhati-hati, terutamanya untuk anak-anak di bawah 12 tahun.

Jom kita lihat bagaimana cara yang berkesan dan selamat sebagai alat bantu belajar.

1. Pilih Saluran Pendidikan yang Sesuai

YouTube menawarkan pelbagai saluran khusus untuk pendidikan. Antara saluran yang popular termasuk Crash Course Kids, Numberblocks dan TED-Ed. Pilih saluran yang sesuai dengan tahap pembelajaran anak-anak, dan pastikan kandungannya berkualiti serta relevan. Pastikan juga untuk menonton terlebih dahulu kandungan saluran-saluran ini bagi memastikan ia selamat dan sesuai untuk anak-anak.

2. Pantau Penggunaan dan Aktifkan Parental Control

Bagi anak-anak di bawah 12 tahun, pemantauan ibu bapa sangat penting. YouTube juga menyediakan ciri Parental Control yang membolehkan ibu bapa menghadkan akses kepada kandungan yang sesuai. Aktifkan tetapan ini untuk memastikan anak-anak hanya menonton video pendidikan yang selamat dan sesuai dengan usia mereka. Pilihan lain adalah menggunakan YouTube Kids, yang lebih terkawal dan direka khas untuk kanak-kanak dengan kandungan yang sesuai serta mesra pendidikan.

3. Tetapkan Masa dan Jadual Tontonan

Walaupun YouTube penuh dengan video yang bermanfaat, penting untuk menetapkan masa dan jadual tontonan. Ini membantu mengelakkan anak-anak daripada terdedah terlalu lama kepada skrin. Tetapkan jadual harian atau mingguan, contohnya 20-30 minit sehari, untuk mereka menonton video pendidikan. Dengan cara ini, masa skrin dapat diimbangi dengan aktiviti fizikal atau pembelajaran yang lain.

4. Gunakan Feature Playlist untuk Menyusun Video

Untuk memastikan anak-anak tonton video yang sesuai, gunakan ciri playlist di YouTube. Kita boleh ajak anak bersama-sama buat senarai video berdasarkan topik atau subjek, seperti “Sains untuk Kanak-Kanak” atau “Matematik Asas.” Ini memudahkan anak-anak untuk fokus kepada topik yang ingin dipelajari tanpa terganggu oleh video-video lain yang tidak berkaitan.

5. Gunakan Subtitle untuk Meningkatkan Pemahaman

Bagi anak-anak yang sedang belajar Bahasa Inggeris atau bahasa lain, subtitle pada video boleh sangat membantu. Kebanyakan video pendidikan di YouTube menyediakan pilihan subtitle yang boleh diaktifkan. Ini bukan sahaja membantu anak-anak memahami isi video dengan lebih baik, tetapi juga memperkayakan kosa kata dan kemahiran membaca mereka.

6. Sertakan Aktiviti Hands-On

Selepas anak-anak menonton video pendidikan, galakkan mereka untuk mencuba aktiviti hands-on yang berkaitan. Contohnya, selepas menonton video sains tentang eksperimen mudah, biarkan mereka mencuba sendiri di rumah. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman mereka tetapi juga menggalakkan pembelajaran interaktif dan praktikal.

7. Bincangkan Kandungan Selepas Tontonan

Selepas sesi menonton, luangkan masa untuk berbincang bersama anak-anak tentang apa yang telah mereka tonton. Tanyakan soalan seperti “Apa yang abang rasa paling menarik dalam video tadi?” atau “Boleh tak adik jelaskan semula apa yang adik faham mengenai bahagian tubuh badan haiwan?” Ini membantu memastikan mereka faham dan mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari daripada video tersebut.

Panduan Menggunakan YouTube Sebagai Alat Bantu Belajar

YouTube memang boleh menjadi alat bantu belajar yang hebat, tetapi pemantauan ibu bapa sangat penting, terutama untuk anak-anak di bawah 12 tahun

Baca Juga : Muat Turun Printables Percuma

Dengan memilih saluran pendidikan yang sesuai, menggunakan parental control, dan menetapkan masa tontonan, YouTube dapat membantu memperkayakan pembelajaran anak-anak. Pastikan juga aktiviti hands-on dan perbincangan selepas tontonan dimasukkan dalam rutin pembelajaran untuk memastikan mereka memahami dan seronok belajar. Dengan pendekatan yang betul, YouTube boleh menjadi sumber yang berharga dalam proses homeschool anak-anak!

screen time anakbahan bantu belajarvideo pendidikanvideo selamat

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis