Ada kat sini kawan yang mempunyai anak berusia 2 tahun? Whoaaa saya rindu sangat saat masa anak-anak 2 tahun ni. Memang fasa 2 tahun ni dipanggil Terrible Two, tapi bila anak dah semakin membesar kita pasti rindu saat perangai comel mereka masa 2 tahun ni kan. Rasa nak pregnant balik haha.
Dalam Fail Peribadi Homeschool Ahza dan Afraz, saya ada hasilkan checklist ni dan saya semak sepanjang anak berusia 2 tahun. Jadi rasanya tak salah nak berkongsi supaya kita sama-sama dapat semak perkembangan dan pencapaian kesayangan kita.
Di sini saya kongsikan milestone untuk anak 2 tahun yang melibatkan pergerakan, tangan dan jari, bahasadan kognitif.
Pergerakan
- Berdiri di hujung jari
- Sepak bola
- Berlari
- Naik dan turun dari perabot tanpa bantuan
- Berjalan naik dan turun tangga sambil berpegangan tangan
- Bermain baling bola ke atas
- Bawa mainan besar atau beberapa mainan semasa berjalan
Tangan dan Jari
- Coretan (scribble) secara spontan
- Balikkan bekas untuk mencurahkan isi
- Membina menara empat blok atau lebih
- Membuat aktiviti yang menggunakan satu tangan lebih kerap daripada yang lain
- Boleh bermain dengan permainan kecil dengan betul, selain dari memasukkannya ke dalam mulut, membelek-belek atau menjatuhkan permainan itu (contohnya kiub, kereta kecil)
Bahasa
- Tunjuk objek atau gambar sambil yang disebut
- Bertindak balas bila nama dipanggil
- Mengecam nama orang, objek, dan bahagian badan yang tidak dikenali
- Menyebut beberapa perkataan (oleh lima belas hingga lapan belas bulan)
- Menggunakan frasa mudah (dengan lapan belas hingga dua puluh empat bulan)
- Menggunakan ayat dua hingga empat perkataan
- Ikuti arahan mudah
- Mengulangi perkataan yang didengar dalam perbualan
Kognitif
- Mencari objek walaupun tersembunyi di bawah dua atau tiga tempat yang terlindung
- Menyusun objek mengikut warna
- Menyusun objek mengikut bentuk
- Ikuti dua arahan yang mudah. Contoh:Adik minum susu, lepas itu bagi mama cawan.”
- Bermain olok-olok atau berlakon, contoh menelefon, bermain anak patung, bermain masak- masak dan sebagainya.

Bagi saya, untuk 2 tahun saya banyak bermain sambil sediakan aktiviti yang boleh asah perkembangan anak berdasarkan milestone mereka.
Jika ada satu atau lebih kemahiran yang anak 2 tahun tidak boleh capai, teruskan beraktiviti sambil perhatian perkembangan mereka sehingga mereka berusia 3 tahun.
Setelah itu boleh buat penilaian dalam Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak ( 0 – 6 tahun).
dan….
Jika ada kelewatan dan masalah tertentu dan anak masih tidak menunjukkan peningkatan perkembangan, boleh rujuk pengamal perubatan atau berunding dengan Occupational Therapist.
Sumber Rujukan :
Senarai Semak Pengesanan Perkembangan Bayi dan Kanak-Kanak
Important Milestone: Your Baby By Two Years
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.