Blog

Learning Kit Menarik

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources

Sebelum dedahkan anak kemahiran 3M yakni Membaca, Menulis, dan Mengira. Apa kata jika kita banyakkan aktiviti yang dapat tingkatkan perkembangan otak, kemampuan fokus, pemerhatian, logical thinking dan kreativiti anak-anak.

Ini kerana perkembangan otak yang pesat berlaku dari anak lahir sehinggalah mereka berusia 6 tahun.Sebab itu, bagi pendapat saya, tak perlu terburu-buru berlumba untuk anak siapa cepat baca abc atau mengira 1,2,3.

Tapi, fasa ini kita tumpukan untuk memilih stimulasi bersesuaian untuk merangsang keupayaan dan pembentukkan otak anak-anak.

Seperti analogi otak diibaratkan seperti sebilah pisau, manakala minda dapat diibaratkan seperti ketajaman yang terdapat pada matapisau tersebut. Pisau akan tumpul jika tak diasah.

Begitu halnya dengan otak anak-anak yang tidak dilatih dan dikembangkan untuk menghasilkan minda atau pemikiran yang berkualiti.

Sebab itu bila sahabat saya Bearread Books minta pendapat saya berkaitan learning kit ni, saya setuju seratus peratus.

Full Brain Play Box

Bila dah siap dicetak semua, saya teruja betul untuk sambar kit ni untuk anak kedua saya yang masa tu berusia 5 tahun. Nak jadi cerita, bila dah terima, anak sulung saya pulak berkenan dan turut berebut sama nak guna dan explore.

Walaupun dekat kit ni dinyatakan untuk usia 4 tahun ke atas, tapi bagi saya usia sehingga 8 tahun pun boleh guna lagi. Sebab sekarang pun saya dapatkan dua kotak untuk kedua² anak saya dan ternyata contentnya bukan melatih kemahiran kognitif anak semata, tapi lebih kepada kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Lagipun isi kandungan dalam learning kit ni pun lain dari yang lain. Selain ada magnetic puzzle, ada 4 buku penuh warna warni iaitu buku

1. Logical Geometry

2. Sequence and Coding

3. Fun Maths

4. Happy Doodling

Dalam buku-buku ni pula banyak sangat aktiviti seperti anak boleh belajar

1. Coding

2. Coordination

3. Tracing

4. Patterns recognition

5. Symmetric shapes

6. Maze solving

7. Find similarity

8. Find differences

9. Counting

10. Directions

dan banyak lagi.

Baca juga: Learning Kit Terbaik untuk Anak Belajar Sambil Bermain

 

Learning kit

Saya yakin sangat apabila anak-anak belek buku ni mereka seronok dengan gambar yang digunakan sebab sangat cute dan dekat dengan mereka. Bila anak jatuh hati, mereka akan minat, bila minat seronoklah mereka beraktiviti sambil mengasah keupayaan otak mereka.

learning kitpuzzlekognitifmagnetic

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis