Blog

Kenapa Anak Tak Suka Menyalin?

oleh Hanis Athirah dalam Pendidikan
anak penat menyalin

Menyalin ni sebenarnya ada banyak kelebihan untuk anak-anak. Salah satu yang menarik ialah menyalin bantu kuatkan ingatan anak-anak. Bila anak menyalin, bukan sekadar ulang balik apa yang diajar, tapi otak mereka pun proses maklumat tu berkali-kali. Menyalin ni macam cara nak ‘recharge’ ingatan, supaya apa yang mereka belajar lebih kekal dalam kepala.

Selain tu, menyalin pun bagus untuk latih kemahiran motor halus. Koordinasi tangan dan mata masa menulis ni penting. Jadi, menyalin boleh bantu mereka tulis dengan lebih kemas dan laju. Lagi banyak latihan, lagi yakin mereka jadi sebab tulisan pun makin cantik. Keyakinan ni akan datang bila mereka rasa ‘Eh, tulisan saya dah makin okey!’

Dari sudut pembelajaran, menyalin ni juga bagi anak-anak masa untuk perlahankan tempo belajar. Ada anak yang tak boleh tangkap kalau hanya dengar cikgu ajar laju-laju. Dengan menyalin, mereka dapat masa untuk fikir balik dan betul-betul faham. Menyalin ni jadikan mereka lebih fokus dan berhati-hati, sebab setiap perkataan tu kena tepat.

Tapi, tak boleh lah menyalin je sepanjang masa. Kena ada balance. Kalau asyik menyalin tanpa faham, anak-anak boleh rasa bosan dan terbeban. Yang penting, biar mereka faham dulu, baru menyalin tu jadi cara untuk reinforce apa yang mereka dah tahu!

Tapi, kenapa ada anak yang cepat penat dan tak suka menyalin? Dekat sini saya kongsikan antara jawapannya.

Baca Disini : Tips Galakkan Anak Membaca

parentinganak belajarmenyalinmenulis

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis