Blog

Kenapa Anak Susah Nak Buat Keputusan Sendiri?

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting

Pernah tak kita tanya anak, “Nak makan apa hari ni?” dan jawapannya… “Ikut mama je…”

Atau bila suruh pilih pakaian untuk keluar, dia jawab, “Mana-mana pun ok…”

Nampak macam senang jaga, tapi sebenarnya bila anak selalu pass the ball kat kita, itu tanda mereka tak yakin buat keputusan sendiri.

Decision-making ni penting untuk anak sebab ajar mereka tentang tanggungjawab dan keyakinan diri.

Tapi jangan risau, kita boleh bantu anak step up dengan beberapa cara mudah.

1. Mulakan Dengan Pilihan Kecil

Anak-anak akan rasa overwhelmed kalau kita bagi keputusan terus. Jadi, mula dengan pilihan kecil.

Contoh:

“Abang nak pakai baju warna biru atau merah hari ni?”

Atau:

“Kita nak baca buku dulu ke susun mainan dulu?”

Bila anak rasa pilihan mereka penting, mereka akan lebih confident untuk buat keputusan yang lebih besar nanti.

2. Jangan Cepat Kritik Keputusan Mereka

Kadang bila anak pilih sesuatu yang kita rasa tak sesuai, kita cepat nak komen: “Eh, kenapa pilih tu? Kan tak cantik…”

Ini boleh buat anak rasa takut nak pilih lagi. Sebaliknya, cuba validate pilihan mereka:

“Oh, adik pilih baju ni sebab suka corak dia? Bagus adik buat keputusan sendiri.”

Kalau pilihan tu ada kesan negatif, ajar mereka perlahan-lahan dengan soalan:

“Kalau kita pilih ni, agak-agak apa yang akan jadi?”

3. Ajar Anak Fikir Tentang Kesan Keputusan

Bantu anak faham yang setiap keputusan ada akibat. Bukan untuk takutkan mereka, tapi untuk ajar mereka fikir secara kritikal.

Contoh:

Kalau mereka pilih nak main dulu sebelum buat kerja, tanya:

“Kalau abang main dulu, kerja mama bagi tu sempat siap ke?”

Bila mereka nampak cause and effect, mereka akan lebih matang buat pilihan.

4. Beri Ruang Untuk Silap

Anak belajar dari pengalaman, termasuk kesilapan. Kalau mereka buat keputusan yang salah, jangan terus selamatkan. Biar mereka rasai kesannya dengan sokongan kita.

Contoh:

Kalau mereka pilih tak pakai kasut masa keluar dan akhirnya rasa sakit kaki, mereka akan belajar sendiri untuk buat keputusan lebih bijak lain kali.

Kita boleh cakap dengan tenang:

“Lain kali boleh cuba ingat kasut kalau nak jalan jauh macam ni, ya.”

5. Libatkan Mereka Dalam Keputusan Keluarga

Anak-anak akan rasa lebih yakin bila pendapat mereka dihargai dalam keputusan besar. Contohnya:

“Adik rasa kita patut pergi bercuti dekat pantai atau air terjun?”

Atau:

“Mama fikir nak tambah satu hobi keluarga. Awak ada idea tak?”

Bila mereka rasa pendapat mereka penting, insyaAllah tingkatkan keyakinan dan kemampuan mereka buat keputusan.

6. Galakkan Anak Guna Proses ‘Timbang Tara’

Ajarkan anak buat keputusan dengan proses mudah:

Tanya apa pilihan yang ada

“Kita ada dua pilihan: buat kerja mama bagi dulu atau kemas bilik dulu.”

Apa kebaikan dan keburukan setiap pilihan

“Kalau buat latihan Matematik dulu, bilik mungkin tak sempat kemas. Kalau kemas bilik dulu, latihan Matematik mungkin tak siap”

Pilih yang terbaik

Biar anak pilih dan kita sokong keputusan mereka.

7. Puji Keberanian Mereka

Setiap kali anak berjaya buat keputusan, sekecil mana pun, puji effort mereka. Contoh:

“Bagus abang pilih sendiri menu hari ni! Mama bangga sebab awak berani buat keputusan.”

Anak akan rasa lebih yakin dan gembira sebab usaha mereka diakui.

Setiap kali anak berjaya buat keputusan, walaupun sekecil mana pun, puji usaha mereka.

Contoh:

“Bagus abang pilih sendiri menu kat kaunter hari ni! Alhamdulillah, Mama bangga tengok abang berani buat keputusan.”

Anak akan rasa lebih yakin dan gembira bila usaha mereka dihargai.

Baca juga: 7 Cara Bantu Stabilkan Mood Anak

keputusan sendiri

Anak kita takkan terus jadi decision-maker hebat dalam satu hari. Tapi kalau kita sabar, bagi peluang dan sokong mereka sepanjang proses, insyaAllah mereka akan belajar buat keputusan yang baik.

Yang penting, kita tunjuk pada mereka yang buat keputusan itu bukan tentang jadi sempurna, tapi tentang belajar untuk bertanggungjawab.

Mungkin kecil hari ni, tapi bila besar nanti, mereka akan lebih yakin untuk ambil keputusan yang besar, insyaAllah dengan doa dan panduan kita.

Jemput join komuniti homeschool bersama-sama kami disini!

soalanpilihanakibatkeputusan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis