Masa saya mengajar dulu, saya selalu jumpa murid yang nampak fasih membaca tapi bila pegang pensel, tulisan mereka tak kemas dan bersepah. Dari situ saya mula perasan, kemahiran motor halus ni memang penting sebelum anak-anak kita diajar menulis.
Kalau motor halus mereka tak kuat, nak bentuk huruf dengan kemas pun susah, apatah lagi nak tulis ayat panjang.
Banyak kali saya perhatikan, ada murid yang tak boleh pegang pensel dengan stabil sebab tangan mereka masih belum cukup kuat.
Kadang-kadang kita rasa anak dah boleh tulis, tapi hakikatnya dia masih perlukan latihan asas macam ni supaya tulisannya lebih kemas dan jelas.
Jadi, hari ini saya ingin kongsikan beberapa komponen dan contoh aktiviti melibatkan motor halus bersama anak-anak.
Aktiviti macam ni bukan je menyeronokkan, tapi juga sangat berkesan untuk asah kemahiran motor halus.
ARM AND HAND STRENGTH
Aktiviti yang menguji kekuatan otot tangan dan lengan anak.
Contoh Aktiviti
1. Perah span kedalam botol
2. Uli playdough
3. Pecahkan ais dengan gunakan hammer

GRASP
Kebolehan untuk memicit (grasp) dan melepaskan objek bila perlu. Memerlukan koordinasi pergerakan jari untuk kutip dan pegang objek yang berbeza saiz dan warna.
Contoh Aktiviti
1. Cucuk toothpicks atas playdoh
2. Asingkan pom pom mengikut warna bekas
3. Main air dengan dropper
4. Susun batu warna warni

BILATERAL COORDINATION
Aktiviti yang melibatkan kedua-dua belah tangan anak sekaligus dengan cara koordinasi seperti memanipulasikan objek. Contoh satu tangan buat task, satu lagi tu bantu siapkan task.
Contoh Aktiviti
1. Lacing
2. Melempar dan menangkap bola
3. Mengunting

FINGER DEXTERITY
Finger Dexterity bermaksud kecekapan dan ketangkasan dalam mengendalikan objek yang kecil. Bila finger dexterity anak develop, anak dapat melakukan aktiviti motor halus dengan cepat dan senang.
Contoh Aktiviti
1. Picit dan keluarkan clothespegs pad la carton telur
2. Bermain dengan clay atau putty
3. Buat hand exercises

IN-HAND MANIPULATION
Kebolehan mengerakkan objek yang ada dalam genggaman tangan dengan menggunakan sebelah tangan saja
Contoh Aktiviti
1. Genggam pom pom secara banyak dan drop pom pom ikut warna bekas
2. Bilang duit syiling
3. Menggolekan guli

HAND DOMINANCE
Kecenderungan menggunakan satu tangan untuk perform aktiviti.
Contoh Aktiviti
1. Menyusun objek menggunakan tweezer
2. Melukis
3. Scop beras menggunakan sudu

HAND EYES COORDINATION
Kordinasi kawalan pergerakan mata dengan pergerakan tangan. Aktiviti yang dijalankan melibatkan dua anggota ini serentak.
Contoh Aktiviti
1. Mencari dan mengutip sesuatu dengan fine motor tools seperti chopstick
2. Membina lego yang tinggi
3. Beading

Baca juga: Sensory Play, Kunci Perkembangan Deria Anak
Jadi, sebelum kita rush anak-anak untuk terus menulis, luangkan masa untuk buat aktiviti motor halus dulu. Percayalah, bila tangan mereka dah kuat, proses menulis tu akan jadi lebih mudah dan seronok untuk mereka.
Kesimpulannya, kemahiran motor halus ni memang asas penting yang tak boleh kita abaikan. Kalau konsisten buat aktiviti ni, insyaAllah anak-anak akan nampak lebih bersedia untuk menulis dengan lebih baik.
Jangan lupa untuk join channel saya supaya tak terlepas update tentang tips homeschooling dan aktiviti lain!
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.