Blog

Jangan Skip Ini Kalau Nak Perjalanan Homeschool Lebih Santai

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Homeschool ni sebenarnya tak perlu complicated pun. Dengan keperluan yang betul dan cara yang simple, kita dah boleh create pengalaman belajar yang seronok dan teratur untuk anak-anak.

Tak perlu fancy atau mahal, cukup sediakan barang asas yang praktikal. Ini 8 checklist yang saya kongsikan untuk bantu perjalanan homeschool kita lebih smooth dan mudah.

Planner Homeschool

Saya serius recommend planner ni! Sangat membantu untuk susun jadual, rekod progress anak dan track apa yang dah siap.

Bila ada planner, kita akan rasa lebih fokus dan tak mudah rasa overwhelmed. Percayalah, sangat memudahkan perjalanan homeschool!

Alat Tulis Asas

Pensel, pen, pemadam dan pembari Semua ni benda asas yang anak-anak guna setiap hari. Kalau ada sticky notes, lagi mudah nak tanda bahagian penting.

Buku Rujukan dan Bahan Bacaan

Buku teks, buku cerita atau bahan tambahan penting untuk pembelajaran. Kalau nak jimat, pinjam dari perpustakaan atau cari preloved.

Peranti Elektronik

Laptop, tablet atau telefon pintar untuk akses bahan online seperti video pembelajaran, kelas virtual atau apps pendidikan. Tak perlu beli yang baharu guna je apa yang dah ada.

Kertas dan Buku Latihan

Kertas A4 atau buku latihan wajib ada untuk buat latihan, melukis, cetakan atau catatan. Sangat fleksibel dan boleh guna untuk pelbagai aktiviti.

Alat Radas Sains

Tak perlu lengkap macam makmal sains sebenar, cukup benda asas macam bikar kecil, kanta pembesar atau tabung uji DIY. Kalau nak buat eksperimen pun, banyak bahan boleh guna barang dapur.

Alat Bantu Mengajar

Flashcard, globe atau manipulatif matematik yang mudah. Poster pun boleh buat sendiri untuk topik tertentu. InsyaALLAHmurah tapi berkesan.

Set Kraf Asas

Gunting, gam, kertas warna, dan alat melukis penting untuk aktiviti kreatif. Projek seni hands-on ni bukan saja seronok, tapi juga bagus untuk kembangkan kreativiti anak.

Tempat Belajar yang Selesa

Tak perlu meja khas—ruang makan atau sudut kecil di rumah pun dah cukup. Asalkan anak rasa selesa dan boleh fokus.

Baca juga: Subjek Homeschool Sama Ke Dengan Subjek Dekat Sekolah?

Checklist ni tak perlu lengkap sekaligus. Cukup mulakan dengan apa yang ada dulu.

Yang penting, homeschool adalah pengalaman seronok dan fleksibel untuk anak-anak dan kita sendiri. Dengan  keperluan ni, insyaAllah homeschool akan jadi lebih lancar dan teratur! 😊

homeschoolplannerteraturfleksibel

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis