Blog

Tak Perlu Jadi Perfect, Cukup Jadi Diri Sendiri

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting
jadi diri sendiri

Ada hari kita rasa macam “Eh, aku ni ibu yang baik ke?” Kadang-kadang rasa macam tak cukup je buat untuk anak-anak, kan? Rumah bersepah, anak-anak buat hal, kerja tak habis-habis. Pastu kita mula fikir, “Aku ni ibu yang teruk ke?” Tapi jom tarik nafas kejap, duduk relax, dan ingat satu benda iaitu kita tak perlu jadi sempurna pun untuk jadi ibu yang baik.

1. Tak Payah Sempurna, Cukup Jadi Diri Sendiri

Selalu sangat kita scroll media sosial, tengok ibu-ibu lain macam semuanya smooth je, anak-anak happy, rumah kemas, makan malam 5 bintang. Tapi realitinya, kita semua ada hari yang serabut, ada masa yang rasa nak give up. Percayalah, tak ada ibu yang perfect. Semua orang tengah cuba yang terbaik, termasuklah diri kita.  Kita tak perlu jadi wonder woman setiap masa. Asalkan kita sayang anak-anak dengan sepenuh hati, itu dah cukup bagi mereka.

2. Setiap Ibu Ada Style Masing-Masing

Tak semua ibu sama, dan itu normal. Ada yang suka homeschool, ada yang lebih senang hantar ke sekolah. Ada yang suka masak sendiri setiap hari, ada yang lagi senang order grab food bila penat. Dan semua tu okay. Tak ada betul atau salah, yang penting, kita buat apa yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kita. Anak-anak tak kisah pun, asalkan kita ada dengan mereka. Jadi, kalau cara kita berbeza dengan ibu-ibu lain, itu tak bermaksud kita kurang baik. Kita ada cara kita, dan itu dah cukup.

3. Anak Perlukan Kasih Sayang, Bukan Kesempurnaan

Kadang-kadang kita terlalu risau pasal nak jadi perfect. Nak pastikan rumah sentiasa kemas, nak sediakan makanan yang kita sendiri masak setiap hari. Tapi sebenarnya, anak-anak tak perlukan semua tu. Mereka tak kisah rumah sepah sikit atau makan malam yang sesekali dibeli. Apa yang mereka betul-betul perlukan ialah kasih sayang kita. So, next time rasa nak jadi supermom, ingat balik, anak-anak lebih hargai kasih sayang berbanding kesempurnaan.

4. Semua Ibu Buat Silap, Itu Biasa

Tak ada ibu yang tak buat silap. Mungkin kita pernah marah anak sebab kita tengah penat sangat atau terlupa sesuatu yang penting. Dan lepas tu kita rasa bersalah sangat. Tapi penting untuk kita ingat, kita pun manusia. Kadang-kadang kita hilang sabar dan itu normal. Bila buat silap, minta maaf, especially dengan anak-anak. Mereka akan belajar yang buat silap tu biasa, dan yang penting ialah kita cuba jadi lebih baik lepas tu. So, jangan terlalu keras dengan diri sendiri, okay?

Baca juga: Cabaran jadi ibu

jadi diri sendiri

Tak Perlu Jadi Perfect, Cukup Jadi Diri Sendiri

Saya mungkin bukan ibu yang terbaik, dan saya okay dengan tu. Yang penting, saya cuba setiap hari. Kadang-kadang hari tu smooth, kadang-kadang rasa macam gagal habis. 

Jadi, kalau kita rasa macam tak cukup bagus, ingatlah, tak ada ibu yang perfect. Tapi setiap ibu tu hebat dengan cara mereka sendiri. Teruskan jadi diri sendiri, berikan mereka didikan yang baik dan teruskan sayang anak-anak dengan sepenuh hati. Itu dah lebih dari cukup insyaAllah.

perfectdiri sendirikasih sayangsilap

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis