Blog

Homeschool Parents Bukanlah Sekadar Jadi ‘Cikgu Dalam Rumah’

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Sebagai homeschool parents, kita ni bukanlah sekadar jadi ‘cikgu dalam rumah’.

Tapi, tanggungjawab kita lebih daripada tu.

Mengajar Lebih Daripada Sekadar Buku Teks

Kita bukan hanya duduk depan whiteboard, bagi arahan dan tanda kertas lepas anak-anak habiskan tugasan. Tapi, kita ni lebih macam mentor, yang guide mereka, yang lead anak-anak dengan nilai dan yang ada bila mereka perlukan sokongan.

Kita nak mereka belajar lebih dari apa yang ada dalam buku teks. 

Sebab kita nak mereka faham apa maksud sabar bila mereka struggle nak faham topik yang susah. Kita ada di situ masa mereka rasa nak give up, ingatkan mereka yang usaha tu lebih penting dari hasil.

Menghargai Setiap Perkembangan Kecil

Dalam homeschool, kita ada peluang untuk ajar mereka yang syukur bukan sekadar untuk kejayaan yang besar, tapi untuk setiap progress kecil yang mereka capai hari-hari.

Sebagai mentor, kita jadi tempat anak-anak datang dekat kita bila mereka rasa lost bila la mereka tak faham kenapa sesuatu tak jadi seperti yang mereka harapkan.

Menjadi Tempat Mereka Berpaut Ketika Hilang Arah

Kita ajar mereka tentang resilience iaitu cara bangkit bila gagal. Kita tunjukkan yang dalam hidup, kadang-kadang kita kena belajar adapt, bukan sekadar cari jawapan betul.

Selain itu, kita juga ajar mereka cara face challenges, bukan lari daripadanya. Kita ada sama-sama dengan mereka masa projek sains tak jadi, masa matematik rasa terlalu susah atau masa mereka rasa kecewa sebab tak capai apa yang diorang target. Kita tunjukkan yang gagal tu bukan pengakhiran

Baca juga: 4 Tahap Mendidik Anak

cikgu dalam rumah

Tapi, itu cuma satu langkah dalam proses belajar.

Bila homeschool, kita ada peluang untuk bentuk mereka beyond akademik.

Seterusnya, kita bantu bina keyakinan diri yang datang dari kesedaran yang mereka mampu cuba lagi, walaupun kali pertama tak berjaya. Selain itu, menjadi tempat mereka rasa selamat untuk buat silap, sebab mereka tahu kita ada untuk support, bukan untuk judge.

Kita nak anak-anak tahu yang mereka tak perlu jadi ‘sempurna’ untuk kita bangga. Jadi, kita bangga dengan usaha mereka, dengan keberanian nak terus cuba, dengan semangat nak belajar benda baru setiap hari.

Sebab akhirnya, kita bukan sekadar ‘cikgu dalam rumah’ yang fokus pada result tapi kita adalah mentor yang bantu mereka cari arah, yang tunjukkan cara untuk terus jalan walaupun penuh cabaran.

Itulah homeschool bagi kita. Ruang di mana kita boleh jadi lebih dari sekadar penyampai ilmu. Kita jadi inspirasi, jadi penguat semangat, jadi mentor yang bantu mereka jadi diri mereka yang sebenar.

homeschooltanggungjawabcikgumentor

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis