Blog

Flashcards Bantu Anak Hafal Fakta Penting!

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources
flashcard

Flashcards ni mungkin nampak macam benda biasa je, tapi jangan pandang rendah tau! Kad imbas ni memang power bila nak bantu anak-anak hafal fakta penting seperti subjek sejarah, sains, tatabahasa hingga matematik.

Dan sekarang, tak perlu susah-susah buat sendiri, sebab dalam aplikasi Pandai ada set flashcards interaktif yang boleh anak-anak gunakan dengan mudah!

Ni contoh flashcards yang ada dalam aplikasi Pandai. Nampak simple, tapi sangat membantu anak-anak belajar dan hafal fakta-fakta penting dengan cara yang mudah dan seronok. Kad ni memang direka supaya anak-anak boleh fokus satu persatu, tanpa terganggu dengan benda lain. Nak tahu bestnya flashcards macam ni?

1. Boleh Bawa Ke Mana-Mana

Flashcards dalam Pandai ni digital, jadi sangat fleksibel dan mudah untuk anak-anak akses. Bayangkan tengah tunggu giliran masa latihan sukan atau masa dalam perjalanan balik kampung, anak-anak boleh buka aplikasi Pandai dan terus ulang kaji tanpa perlu bawa buku berat-berat.

Fleksibiliti ni buat belajar jadi lebih seronok, sebab mereka tak rasa terikat dengan masa atau tempat tertentu. Dah takde alasan lagi nak skip ulang kaji, kan?

2. Visual yang Menarik

Aplikasi Pandai ni tahu anak-anak kita mudah teralih perhatian, sebab tu flashcards dalam aplikasi ni direka dengan visual yang kemas, terang dan menarik. Warna-warna yang ceria dan font yang jelas buatkan mereka lebih mudah fokus dan cepat tangkap maklumat.

Bila visual tu sedap mata memandang, automatik rasa nak ulang kaji lebih lama! Plus, visual yang baik ni juga bantu anak-anak lebih cepat ingat sebab otak mereka boleh kaitkan fakta dengan gambar atau warna tertentu.

 3. Boleh Semak Jawapan

Anak-anak boleh test diri sendiri. Teka dulu jawapan, lepas tu tekan ‘Show answer’ untuk tengok betul tak tekaan dia. Kalau salah, boleh ulang balik sampai ingat. Anak-anak boleh guna butang “I easily remember” atau “Not quite remember” untuk tentukan sejauh mana mereka dah ingat sesuatu fakta.

Dengan cara ni, mereka boleh tahu topik mana yang perlu ulang kaji lebih banyak dan mana yang dah kuasai. Ini bukan saja bantu mereka fokus pada bahagian yang lemah, tapi juga bagi semangat bila mereka tengok dah makin banyak flashcards yang boleh diingat dengan mudah. 

4. Latih untuk Peperiksaan

Bila exam dah dekat, anak-anak mula rasa stress nak hafal banyak benda dalam masa yang singkat. Tapi dengan flashcards macam ni, belajar jadi lebih teratur. Contohnya, flashcard Type of Landform macam ni, anak-anak boleh ulang-ulang sampai betul-betul ‘lekat’ dalam kepala.

Teknik ni membantu mereka ingat dengan cara yang mudah dan tak membosankan, sebab mereka boleh buat sedikit demi sedikit setiap hari. Lagi bagus, flashcards ni sesuai untuk semua subjek, bukan Sains sahajaa Maknanya, dari Bahasa Melayu sampai ke Sains, semua boleh ulang kaji guna cara yang sama.

5. Gabungan Pembelajaran & Permainan

Pandai buatkan belajar jadi lebih menarik sebab selain guna flashcards, anak-anak boleh terus buat quiz atau ‘battle’ dengan kawan-kawan mereka. Konsep ni macam main game, tapi sebenarnya belajar.

Bila ada elemen permainan, anak-anak rasa lebih bersemangat nak teruskan, sebab ada cabaran dan motivasi nak menang. Yang bestnya, mereka belajar sambil berseronok, tanpa sedar dah banyak fakta penting yang berjaya diingat! 😊

Baca juga: Panduan Menggunakan Flashcards Untuk Anak

flashcard

Dengan cara ni, anak-anak bukan je hafal fakta, tapi mereka juga boleh buat latihan dalam suasana yang lebih santai dan seronok. Kalau ada yang belum cuba, boleh explore Pandai sekarang dan rasai sendiri kelebihan belajar dengan flashcards ni! 😊

permainanflashcarddigitalpeperiksaan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis