Blog

Enjin Carian Web Selamat untuk Kanak-Kanak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources

Sebagai ibu bapa, kita semua tahu betapa pentingnya untuk menyokong rasa ingin tahu anak-anak. Apabila anak-anak mula bertanya soalan atau ingin tahu tentang dunia di sekeliling mereka, selalunya kita akan guna enjin carian seperti Google untuk tunjukkan gambar atau fakta sebagai contoh.

Namun, bila anak-anak saya, semakin membesar, semangat ingin tahu ,mereka pun semakin memuncak. Mereka mula rajin mencari maklumat sendiri menggunakan laptop saya, menaip dan mengeja perkataan sambil belajar secara berdikari.

Memang seronok tengok dia berusaha sendiri, tapi sebagai ibu, terdetik juga rasa risau. Di dunia digital yang sangat luas, ada pelbagai jenis maklumat dan gambar yang mungkin tidak sesuai untuk dilihat pada usianya.

Saya tak mahu pembelajaran positif ini terganggu dengan perkara yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak. Jadi, saya mula mencari alternatif lain yang lebih selamat untuk dia dan terjumpa Kiddle.

Apa Itu Kiddle?

Kiddle adalah enjin carian yang direka khas untuk kanak-kanak. Interface-nya yang berwarna-warni dan mesra kanak-kanak membuatkan pengalaman mencari maklumat lebih menarik. Kiddle ni tak hanya sekadar selamat, tapi juga penuh dengan konten yang memang direka untuk pendidikan dan pembelajaran.

No photo description available.

Dengan Kiddle, anak-anak saya boleh cari info tentang planet, haiwan, sejarah atau apa saja yang dia minat tanpa saya risau dia akan terdedah kepada konten dewasa atau gambar-gambar yang tidak sesuai.

enjin carian No photo description available. enjin carian

Baca juga: Video Belajar Tambah Kosa Kata English Melalui Gerakan

Sebagai ibu bapa, kita semua mahukan anak-anak berkembang dalam persekitaran yang selamat. Dengan menggunakan enjin carian seperti Kiddle, saya rasa lebih tenang membiarkan anak-anak explore minatnya dan belajar secara berdikari.

Teknologi memang alat yang hebat untuk pembelajaran dan dengan pilihan yang betul, kita boleh jadikan pengalaman digital anak-anak sebagai ruang yang menggalakkan kreativiti dan rasa ingin tahu mereka.

Jika anda juga mencari cara untuk memberikan pengalaman carian web yang lebih selamat pada anak-anak, mungkin boleh cuba Kiddle ini. Seronok tengok anak explore dan belajar dalam suasana yang lebih terjaga.

Semoga bermanfaat untuk semua ibu bapa di luar sana yang nak sokong pembelajaran anak-anak dengan cara yang selamat dan menyeronokkan! 😊

berdikaridigitalpostifenjin carian

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis