Selama ini saya menulis mewakili isi hati homeschooler di luar sana yang melaksanakan homeschool. Saya menulis bukan nak famous, tapi saya nak expose yang homeschool bukan satu pilihan yang takde masa depan seperti yang selalu orang pandang rendah.
Homeschool Bukan Pilihan yang Tiada Masa Depan
Konon-konon bila homeschool tiada kemenjadiaan anak dan buang masa.
Contohnya, ada yang beranggapan anak-anak homeschool tidak akan mendapat pendidikan yang setaraf dengan sekolah formal dan akan ketinggalan.
Ini tak benar.
Alhamdulilah hari ni kita boleh lihat ramai anak-anak homeschool yang berjaya cemerlang dalam pelbagai bidang, dari agama, akademik hingga seni dan sukan.
Sebenarnya, homeschooling memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar dalam persekitaran yang lebih mesra, empati dan sesuai dengan kemampuan mereka.
Kebebasan Kurikulum untuk Pembelajaran Kreatif
Kami bebas memilih kurikulum yang lebih mesra, empati, dan ikut kemampuan anak-anak kami. Malah, ada keluarga yang tidak menggunakan apa-apa kurikulum sekalipun tetapi anak-anak mereka tetap belajar dengan cara yang kreatif dan bebas.
Ada juga yang merujuk kurikulum luar negara, memang sangat flexible ikut kemampuan kami. Kami akui, kami bukan pakar dalam bidang pendidikan pun, tetapi tetap mampu menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak-anak kami insyaAllah.
Ramai yang tak tahu bahawa anak-anak homeschool tak semestinya bergantung kepada satu jenis kurikulum sahaja. Setiap keluarga boleh mix and match, menggabungkan pelbagai sumber yang sesuai dengan keperluan dan minat anak-anak mereka.
Jika sesuatu tidak sesuai, kita boleh ubah dan sesuaikan tanpa perlu terikat dengan satu sistem yang rigid. Misalnya, ada keluarga yang menggabungkan elemen Montessori, Waldorf dan kurikulum kebangsaan untuk memberi anak-anak mereka pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeluruh.
Selain itu, homeschooling membolehkan anak-anak belajar mengikut pace mereka sendiri tanpa tekanan untuk mengejar silibus yang ditetapkan. Mereka boleh mendalami subjek yang mereka minati dan mengambil masa yang diperlukan untuk benar-benar memahami sesuatu topik.
Ini membantu mengembangkan minat dan bakat mereka secara lebih mendalam.
Menghormati Pilihan dan Sokongan yang Diperlukan
Jadi, daripada nak challenge kami homeschooler, lebih baik contribute in fixing our national school curriculum yang lebih mewakili lebih ramai murid secara general.
Education shouldn’t be set in stone; flexibility is key.
Selama ini kita seperti white rats dalam sistem yang rigid dan homeschooling memberi kita ruang untuk membina sesuatu yang lebih baik dan lebih sesuai untuk anak-anak kita. Sebenarnya, tak kira tua atau muda, tinggi pangkat atau apa, adab mesti ada. Memperlekehkan orang lain bukanlah cara yang baik untuk berbincang atau berkongsi pandangan.
Kita boleh berbeza pendapat, tapi perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Saya menulis tentang homeschooling kerana inilah pilihan saya selepas resign. Bertahun-tahun saya menghadap kurikulum standard yang rigid dan sekarang saya perlu jadi pakar pula untuk tentukan kurikulum anak saya?
Ni saya share 5 kurikulum yang saya hasilkan untuk anak-anak saya sebagai Enrichment Subjects santai-santai. Saya hasilkan ni pun dalam keadaan sambil lipat baju, lepas tu dapat je idea buat. Tak profesional langsung kan.
Beginilah sebab kita tak pakar, nak tunggu saya pakar pun entahlah bila. Baik saya redah je buat.
Baca juga: Berapa Lama Masa Belajar Homeschool Anak-anak?

Okay, begitulah.
Last sekali,
Kepada semua yang tak putus-putus berikan kata semangat, inspirasi dan sokongan, saya ucapkan terima kasih.
Saya hargai sangat dan insyaAllah ini pemangkin semangat dalam saya teruskan journey ni.
Terima kasih sekali lagi kerana memahami dan memberikan sokongan!
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.