Blog

Beri Pilihan dan Libatkan Anak Dalam Buat Keputusan

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting
Beri pilihan

Memberi pilihan kepada anak-anak  dalam proses membuat keputusan merupakan satu cara terbaik untuk mengajar mereka tentang tanggungjawab. Dengan memberi mereka ruang untuk membuat pilihan, kita bukan sahaja membantu mereka merasa dihargai, tetapi juga membina keyakinan diri dan kemahiran membuat keputusan yang bijak.

Memberi Anak Kawalan dalam Hidup Mereka

Kadang-kadang, salah satu sebab kenapa anak-anak tak dengar kata ialah sebab mereka rasa tak ada kawalan langsung dalam hidup mereka. Bayangkan, dari pagi sampai malam, ada je arahan yang mereka kena ikut

“Bangun! Mandi! Sarapan! Kemas mainan!” 

Tak ke rasa macam robot je, kan? Bila asyik kena suruh je, lama-lama mereka mungkin mula rasa terkongkong atau tertekan. Itu yang kadang-kadang buat mereka jadi degil, buat muka atau sengaja tak nak ikut cakap kita.

Kepentingan Kebebasan dalam Pendidikan Anak

Tapi cuba fikir balik, kalau kita sendiri dalam situasi yang sama. Contohnya, dari pagi sampai malam kena ikut arahan tanpa ada peluang langsung untuk bersuara, mesti kita pun rasa tak seronok. Sebab tu lah pentingnya untuk kita beri anak-anak sedikit kebebasan dengan membenarkan mereka buat pilihan, even dalam perkara-perkara kecil.

Contohnya, bila tiba waktu untuk kemas mainan, daripada terus suruh mereka berhenti serta-merta, kita boleh cuba pendekatan yang lebih fleksibel macam ni: “Lais, Qais, nak kemas mainan sekarang atau lima minit lagi?” Nampak simple je kan, tapi kesannya besar tau!

Bila kita beri pilihan macam ni, kita sebenarnya tengah ajar anak-anak tentang tanggungjawab dan kesan dari keputusan yang mereka buat. Bila mereka pilih untuk kemas mainan dalam lima minit, mereka tahu mereka sendiri yang buat keputusan tu, bukan sebab kena paksa. Jadi, bila masa dah cukup, mereka lebih cenderung untuk ikut sebab mereka yang pilih. Mereka rasa macam ada kuasa sikit dalam situasi tu dan ini buat mereka lebih willing untuk ikut arahan.

Mendidik Melalui Pilihan: Strategi Berkesan untuk Ibu Bapa

Ada satu hari, Lais tengah syok main dengan kereta kawalan jauh dia. Masa tu dah dekat nak masuk waktu tidur, tapi kalau terus suruh dia berhenti, mesti dia akan merungut atau buat muka tak puas hati.

Tapi bila kita cakap, “Lais, nak main lagi sepuluh minit atau kemas sekarang dan kita boleh baca buku cerita sebelum tidur?” Terus dia rasa macam dia ada kuasa untuk pilih. Mungkin dia akan pilih untuk main lagi sepuluh minit, tapi lepas tu dia tahu kena kemas dan bersiap untuk tidur.

Pilihan-pilihan kecil macam ni buat anak-anak rasa dihargai dan diambil kira. Mereka ni sebenarnya suka bila kita bagi mereka tanggungjawab untuk buat keputusan, walaupun keputusan tu nampak remeh bagi kita.

Contohnya, bila tiba masa untuk buat latihan pelajaran, saya suka tanya, “Nak siapkan kerja matematik dulu atau nak buat lukisan dulu?” Dengan cara ni, mereka masih buat apa yang perlu, tapi dengan cara yang lebih menyeronokkan sebab mereka sendiri yang pilih.

Kepentingan Membenarkan Anak Membuat Pilihan Kecil

Libatkan mereka dalam keputusan harian ni sebenarnya bukan je ajar mereka tentang tanggungjawab, tapi juga buat mereka rasa lebih berdikari dan yakin dengan diri sendiri.

Contohnya, bila tiba masa untuk pilih baju, biar mereka pilih apa yang mereka nak pakai (asalkan sesuai dengan cuaca dan aktiviti). “Qais, nak pakai baju warna biru atau hitam hari ni?” Pilihan macam ni nampak kecil, tapi ia bagi impak besar pada rasa tanggungjawab mereka. Mereka rasa lebih confident sebab ada kawalan ke atas apa yang mereka buat.

Bila anak-anak diberi peluang untuk buat keputusan sendiri, mereka juga belajar untuk bertanggungjawab atas pilihan mereka. Kalau pilihan mereka tak sesuai, contohnya pilih baju yang tak sesuai dengan cuaca, mereka akan rasa sendiri akibatnya.

Mungkin rasa sejuk kalau pilih baju nipis masa hujan. Dari situ, mereka akan belajar untuk buat keputusan yang lebih bijak lain kali. Kita sebagai mak ayah tak perlu risau sangat dengan kesilapan kecil yang mereka buat, sebab tu lah cara mereka belajar.

Mengurangkan Konflik Melalui Penglibatan Anak dalam Keputusan

Selain tu, beri pilihan dan libatkan anak-anak dalam keputusan juga boleh kurangkan konflik dan drama dalam rumah.

Bila mereka rasa suara mereka didengar dan pendapat mereka dihargai, mereka lebih cenderung untuk cooperate dan kurang memberontak. Ini juga cara yang bagus untuk kita bina hubungan yang lebih erat dan saling hormat antara kita dan anak-anak.

Baca juga: Mendidik Anak Tentang Tanggungjawab Sejak Kecil

Beri Pilihan dan Libatkan Anak Dalam Buat Keputusan

So, bila kita nak anak-anak dengar kata, cuba bagi mereka pilihan. Ini bukan bermaksud kita lepas tangan atau terlalu memanjakan mereka, tapi kita bagi mereka ruang untuk belajar tentang tanggungjawab dan buat keputusan sendiri dalam keadaan yang terkawal. Bila anak-anak rasa mereka ada kawalan dalam situasi, mereka akan lebih cenderung untuk ikut arahan kita dengan rela hati, dan itu adalah kemenangan kecil yang besar maknanya.

tanggungjawabberdikaripilihan sendiri

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis