Blog

Bahan Yang Dapat Bantu Tingkatkan Kemahiran Kognitif Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
kognitif

Semasa di awal usia inilah kita boleh bantu untuk tingkatkan lagi perkembangan kemahiran kognitif anak-anak sambil bantu merangsang perkembangan kedua-dua otak kanak-kanak. Ini kerana dalam 6 tahun pertama, kanak-kanak mempunyai minda hebat untuk yang menyerap maklumat dengan baik.

Jadi hari ini saya share sikit maksud kognitif dan contoh sumber untuk tingkatkan kemahiran kognitif anak-anak. Semoga bermanfaat InsyaAllah.

Kemahiran kognitif merujuk kepada kemampuan mental yang digunakan untuk memproses maklumat, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan berfikir secara kritis.

Kemahiran ini sangat penting dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, pekerjaan, dan kehidupan seharian, kerana ia membolehkan individu beradaptasi dan menghadapi cabaran dengan lebih berkesan.

Jadi, di sini saya kongsikan antara bahan yang dapat bantu tingkatkan kemahiran kognitif anak-anak

Blok Lego

Blok ini bukan sahaja menggalakkan kreativiti tetapi juga membantu anak-anak untuk

  • Belajar Menyusun dan membina
  • Belajar asingkan ikut warna
  • Belajar membilang asas 1:1
  • Mengembangkan kemahiran bahasa dengan membentuk gabungan perkataan KVK (Konsonan-Vokal-Konsonan)Belajar gabungan perkataan KVK

Puzzle

  • Belajar kemahiran berfikir logik dengan mengecam objek dan warna.
  • Belajar bentuk dan ruang dengan meneliti kepingan dan bentuk-bentuk puzzle.
  • Alat bantuan pendidikan untuk mengenal nombor, warna, huruf dan lain-lain.

Kad Imbasan

  • Dua bentuk rangsangan dilakukan iaitu ransangan penglihatan berdasarkan gambar yang ditunjukkan dan ransangan pendengaran melalui sebutan yang diperdengarkan.
  • Boleh digunakan untuk aktiviti memory game sambil bantu ingatan anak-anak.

Busy Bag

  • Tingkatkan kosa kata dan belajar perkataan baharu.
  • Tingkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
  • Belajar warna, huruf nombor dan lain-lain.

Buku Brainstorming

  • Belajar bentuk geometri asas, pola, arah susunan.
  • Faham konsep tambah, tolak dengan bantuan ilustrasi yang sangat menarik
  • Meneroka, memperoleh pengalaman dan mengekspresi melalui lukisan yang dihasilkan

Baca juga: Rangsang Visual Anak Dengan Bermain Puzzle

kognitif

Meningkatkan kemahiran kognitif anak-anak dalam enam tahun pertama kehidupan mereka adalah sangat penting, kerana ini adalah tempoh kritikal di mana minda mereka paling mudah menyerap maklumat. Dalam fasa ini, anak-anak bukan sahaja belajar mengenai dunia di sekitar mereka tetapi juga membangun asas untuk kemahiran pemikiran yang lebih kompleks yang akan diperlukan sepanjang hayat mereka.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan pendidik untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kaya dan menyokong perkembangan mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang sesuai.

puzzlekognitifblok legokad imbasan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis