Blog

Cara Nak Bentuk Anak Jadi Problem Solver

oleh Hanis Athirah dalam Pendidikan
Cara Nak Bentuk Anak Jadi Problem Solver

Dalam homeschool saya, antara benda paling awal yang saya fokus ialah macam mana nak bantu anak jadi problem solver.
Bila anak boleh urus emosi, cari jalan sendiri dan tak cepat panik, pembelajaran harian jadi lebih tenang dan smooth.

Saya selalu perasan satu benda. Apabila anak buat silap, cara dia ‘react’ tu sebenarnya cermin cara kita respon selama ni.

Apabila saya stress, anak stress.

Apabila saya cepat rasa salah tu “besar sangat” anak pun fikir salah tu sebagai kegagalan.

Tapi bila saya ‘shift mindset’ saya sendiri, anak automatik ikut.

Jadi, saya mula tukar kebiasaan yang saya buat sebelum ini.

Daripada “kenapa salah?” kepada “okay jom figure out.”

Daripada “kenapa sekali je betul?” kepada “jom try lagi.”

Dan betul, bila anak dah jadi “problem solver,” hidup kita sebagai mak pun lega.
Anak kurang meltdown, kurang takut dan kurang rasa nak putus asa.

1. Kesilapan bukan benda memalukan

Saya selalu ingatkan anak:

“Salah tu bukan kegagalan. Salah tu data.”

Macam saintism setiap kali experiment failed, dia tak buang lab coat and nangis. Tapi dia catat, adjust dan try balik.

Saya selalu guna istilah:

“Trial and error tu proses belajar, bukan hukuman.”

Anak kena rasa selamat untuk buat silap.

Bila silap tak diserang, otak dia kekal tenang dan insyaAllah boleh fikir dengan lebih baik.

2. Ajar anak “breakdown thinking”

Ramai anak-anak yang ‘stuck; bukan sebab mereka tak pandai tapi sebab mereka ‘overwhelmed’.

Jadim saya ajar anak fikir satu persatu.

  • “Apa masalah sebenar?”
  • “Apa step pertama?”
  • “Apa perkara kecil yang boleh kita betulkan dulu?”
  • “Apa tools kita ada?”

Benda ni sebenarnya skill paling power dalam hidup.

Chunking, sequencing and problem-framing.

Bila anak dah tahu buat benda ni insyaAllah dia kurang panik, kurang “freeze.”

3. Fokus pada usaha, bukan outcome

Anak yang jadi faultfinder selalunya anak yang terlalu takut expectation.

Saya tukar fokus anak

Daripada selalu fokus untuk cakap “Good job abang dapat 10/10,”

saya cakap:

“Mama suka effort abang hari ni. Abang tak give up pun biarpun kena buat pembetulan tadi.”

Instead of cakap “Aishhh, kenapa adik salah lagi?”

saya cakap:

“Ohh okay, sekarang adik tahu mana part tak menjadi kan?”

Celebrate usaha insyaAllah anak berani explore.

Celebrate result sahaja, risau anak jadi takut bila ada buat salah.

4. Ajar anak pause bila emosi tak tenang.

Ada masa bukan masalahnya susah emosi dia yang tak tenang rupanya.

Saya ajar simple technique:

“Pause, breathe, continue.”

Saya kata:

“Kalau rasa nak marah, stop jap.

Abang boleh basuh muka atau pergi ambil wudhu nanti kita sambung belajar sama-sama.”

Benda simple kan? Tapi itulah yang buat anak boleh solve instead of meltdown.

5. Bagi ruang anak explore dan fail

Kita selalu tak sedar yang kita terlalu cepat “selamatkan” anak daripada struggle.

Contohnya bila anak susun puzzle ada salah sikit, kita cepat-cepat betulkan.

Sepatutnya kita biar dia struggle 30 saat pun tak apa.

Struggle tu yang bina neural connection dalam otak.

Saya selalu remind diri:

“Jangan cepat tolong. Biar je dia salah, bagi peluang dia belajar untuk explore.”

6. Build confidence secara konsisten

Problem solver ialah anak yang yakin dia BOLEH cari jalan.

Confidence bukan datang dari pujian besar-besar.

Confidence datang dari banyak “small wins.”

So saya bagi tugasan kecil yang dia boleh capai:

  • potong bawang
  • susun atur barang
  • kira duit sikit
  • pilih bahan eksperimen
  • decode simple instruction

Setiap kali dia berjaya, dia simpan satu “brick” keyakinan.

Lama-lama dia jadi anak yang tak takut cuba.

7. Ajar anak guna self talk yang lembut pada diri sendiri

Ini paling penting.

Anak faultfinder selalu ada self-talk macam:

  • “Saya memang tak pandai.”
  • “Kenapa saya macam ni?”
  • “Orang lain lagi bagus.”

    Saya ajar anak tukar suara dalaman dia:

    • “It’s okay, saya boleh try lagi.”
    • “Slow and steady.”
    • “Saya tengah belajar.”
    • “Step by step.”

    Saya selalu ulang ayat:

    “Otak kita jadi kuat bila cuba benda susah, bukan benda senang.”

    Baca sini: 15 Kemahiran Asas untuk Anak Usia 7 Hingga 9 Tahun

    15 Kemahiran Asas untuk Anak Usia 7Hingga 9 Tahun

    15 Kemahiran Asas untuk Anak Usia 7Hingga 9 Tahun

     

    Apabila anak jadi problem solver, sebenarnya kita tengah bina karakter yang dia akan guna seumur hidup:

    • bila kerja
    • bila kahwin
    • bila jadi parent
    • bila buat keputusan besar
    • bila ada cabaran hidup

    Anak yang tahu “cari jalan” akan survive dalam apa-apa situasi.

    Anak yang hanya “cari salah” akan cepat penat, cepat putus asa.

    Kita tak boleh control semua benda dalam hidup anak tapi kita boleh ajar dia cara navigate hidup tu.

     

    Saya selalu share idea homeschool harian di Instagram juga, kalau nak follow boleh klik di sini 

    homeschoolparentingTIPS BELAJAR ANAK

    Artikel Berkaitan

    Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

    0 Komen

    Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

    Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

    Buat Komen

    Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

    Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

    Homeschool Hanis