Blog

Aktiviti Menyeronokkan Konsep Cuaca Bersama Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Aktiviti belajar tentang cuaca ni memang seronok kalau buat dengan anak-anak! Dalam “Weather Theme” ni, kita boleh perkenalkan konsep-konsep cuaca macam hujan, pelangi, petir, salji dan jenis-jenis awan dengan cara yang santai tapi bermakna.

Setiap aktiviti ni bukan je bantu anak-anak faham pasal fenomena cuaca, tapi dalam masa sama latih kemahiran motor halus dan bagi pengalaman hands-on yang mereka pasti suka. .

Kalau tengah cari aktiviti DIY yang mudah dan berkesan untuk ajar anak-anak tentang cuaca, inilah cara paling santai tapi penuh ilmu untuk mereka!

1. Types of Cloud

Gunakan kapas untuk menghasilkan bentuk-bentuk awan seperti stratus, cumulus dan stratocumulus. Aktiviti ini membolehkan anak-anak membezakan pelbagai jenis awan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

No photo description available.2. Weather Sensory Bottles

Setiap botol menggambarkan jenis cuaca yang berbeza seperti hujan, salji, ribut dan cerah. Aktiviti ini membantu anak-anak membezakan jenis cuaca dan memahami tekstur yang berbeza menggunakan botol yang diisi dengan bahan-bahan khas.

No photo description available.

3. Lightning Patterns

Anak-anak akan membentuk kilat menggunakan pipe cleaners mengikut corak yang diberikan. Ini menguatkan kemahiran motor halus mereka sambil belajar tentang kilat dan petir.

No photo description available.

4. Raindrop Sewing Board

Gunakan kad bod dan tali untuk anak-anak melatih motor halus mereka dengan “menjahit” titisan hujan pada awan. Aktiviti ini sesuai untuk anak-anak yang baru belajar menjahit sambil memupuk kreativiti mereka.

No photo description available.

5. Q-Tip Rainbow Craft

Menggunakan cotton bud dan cat untuk menghasilkan pelangi. Aktiviti ini bagus untuk memperkenalkan warna pelangi dan konsep pembiasan cahaya pada kanak-kanak.

No photo description available.

6. Sensory Fake Snow

Buat ‘salji’ palsu yang boleh dipegang dan dimainkan oleh anak-anak, hanya menggunakan tepung dan minyak bayi. Aktiviti ini memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai tekstur salji tanpa berada di kawasan bersalji.

No photo description available.

7. Rainbow Beads

Anak-anak boleh susun manik-manik warna pada paip pembersih untuk membentuk pelangi. Selain melatih koordinasi tangan-mata, aktiviti ini juga membantu mengenal warna pelangi.

No photo description available.
8. Rainstick Bottles

Anak-anak boleh buat sendiri “Rainstick” untuk meniru bunyi hujan. Aktiviti ini bukan saja seronok, tetapi juga membantu mereka memahami konsep hujan dengan cara hands-on. Apa yang diperlukan hanyalah botol kosong, beras atau kacang, dan corong.

No photo description available.

Baca juga: Eksplorasi Aktiviti Sensori Bersama Anak-Anak

Setiap aktiviti ini bukan sahaja memupuk kreativiti dan imaginasi anak-anak, tetapi juga memberi mereka peluang untuk belajar mengenai cuaca dengan cara yang interaktif.

Aktiviti “Weather Theme” ini amat sesuai untuk anak-anak yang suka bereksperimen dan belajar melalui sentuhan dan pengalaman visual.

kreativitiimaginasivisualcuaca

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis