Blog

8 Aktiviti Seronok Guna Pengepit Baju untuk Anak Belajar

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Kadang-kadang benda biasa dalam rumah pun boleh jadi alat pembelajaran yang menarik! Dengan hanya menggunakan pengepit baju sahaja, kita boleh rancang pelbagai aktiviti yang seronok untuk anak-anak.

Selain menjimatkan, aktiviti ni juga bagus untuk bantu anak-anak develop motor skills, logik dan kreativiti mereka. Jom tengok apa yang boleh kita buat!

Aktiviti 1: Number Matching Pegs

Cara Buat: Susun kad nombor dari 1 hingga 10 di sisi kotak. Anak-anak perlu padankan klip baju dengan nombor tersebut.

Objektif: Mengajar anak mengenal dan menyusun nombor mengikut urutan.

Tip: Tambah cabaran dengan minta anak kira sambil memadankan klip ke nombor.

Aktiviti 2: Color Sorting Pegs

Cara Buat: Sediakan beberapa bekas berwarna (contoh: biru, merah, hijau). Berikan klip baju pelbagai warna dan minta anak asingkan klip ke dalam bekas warna yang sesuai.

Objektif: Melatih anak mengenal warna dengan lebih baik.

Tip: Gunakan istilah warna seperti “biru muda” atau “hijau gelap” untuk pengenalan warna yang lebih advanced.

Aktiviti 3: Peg Math Puzzle

Cara Buat: Guna lantai dan buat simbol tambah, tolak, atau sama dengan menggunakan pita pelekat. Anak-anak guna klip baju untuk selesaikan soalan matematik seperti 4 + 3.

Objektif: Mengaitkan konsep matematik asas dengan cara yang lebih visual.

Tip: Tukar soalan matematik setiap kali untuk tingkatkan cabaran.

Aktiviti 4: Word Builder Using Pegs

Cara Buat: Tulis huruf atau suku kata di kad kecil. Klipkan kad ke hanger atau tali. Anak-anak diminta susun huruf untuk membentuk perkataan.

Objektif: Memupuk kemahiran mengenal huruf dan membaca.

Tip: Mulakan dengan perkataan pendek seperti nama mereka sebelum tambah perkataan yang lebih panjang.

Aktiviti 5: Cotton Ball Challenge

Cara Buat: Sediakan botol kosong dan beberapa bola kapas. Anak perlu gunakan klip baju untuk masukkan kapas ke dalam botol.

Objektif: Melatih kemahiran koordinasi tangan dan mata.

Tip: Buat pertandingan kecil untuk lihat siapa paling banyak dapat masukkan kapas dalam botol dalam 1 minit.

 

Aktiviti 6: Shape Formation

Cara Buat: Buat bentuk geometri seperti segi tiga atau bulatan di lantai menggunakan pita pelekat. Anak-anak boleh letak klip baju di sepanjang garisan untuk melengkapkan bentuk tersebut.

Objektif: Mengajar anak mengenal bentuk sambil bermain.

Tip: Kombinasikan aktiviti ni dengan warna untuk aktiviti 2-in-1 (contoh: klip biru untuk segi empat, klip merah untuk bulatan).

Aktiviti 7: Peg Chain Challenge

Cara Buat: Minta anak sambung klip baju untuk buat rantai panjang. Berikan cabaran seperti “Buat rantai 10 klan warna merah.”

Objektif: Melatih kemahiran koordinasi sambil mengenal konsep panjang.

Tip: Jadikan rantai ini sebagai hiasan selepas siap!

Aktiviti 8: Sorting Grid Activity

Cara Buat: Buat grid di kertas dengan label seperti warna atau nombor. Anak-anak perlu letakkan klip baju di kategori yang sesuai.

Objektif: Melatih logik dan kemahiran pengelompokkan.

Tip: Tukar label grid seperti ‘haiwan’, ‘buah-buahan’,atau ‘perabot’ untuk variasi.

Dengan hanya clothes peg, kita dah boleh buat pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat untuk anak-anak.

Baca juga: 13 Aktiviti Menarik dengan Pom-Pom untuk Asah Motor Skill Anak

Aktiviti hands-on menggunakan pengepit baju macam ni bukan je seronok, tapi juga bantu mereka belajar tanpa sedar.

Paling penting, luangkan masa untuk sertai aktiviti ni bersama anak-anak. Seronok mereka, bahagia kita.

 

warnanomborcabaranmemadankan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis