Sebenarnya dalam mendidik anak, perkara yang paling penting bukanlah berlumba-lumba mendidik anak mengenal ABC atau 123 tapi aspek pendidikan yang paling penting ialah didik anak mengenal Allah dan Rasulullah.
Sebelum itu, boleh baca tiga perkara yang perlu ibu bapa lakukan setiap hari supaya mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat disini.
Sebagai ibu bapa, kita wajib berikan belaian kasih sayang, asuhan dan didikan (tarbiah) kepada anak-anak. Anak ini ibarat kain putih bersih yang perlu kita corak untuk mereka mengenal dan mengetahui hakikat ketuhanan sebagai asas tauhid yang kukuh.
Terdapat banyak cara untuk mendidik anak mengenal Allah, kalau nak dihitung memang terbatas caranya. Tapi dekat sini saya senaraikan 6 cara didik anak kenal Allah untuk anak-anak kecil.
1. Baca Buku Bersama
Pertama kita boleh didik anak mengenal Allah menerusi pembacaan buku. Setiap hari, boleh ambil beberapa minit saja untuk buat Read Aloud buku berkisar mengenai kehidupan yang secara tidak langsung mempengaruhi anak untuk mengenal Allah SWT sebagai pencipta.
Pilih buku yang dapat menanam akidah yang benar dalam diri anak supaya menjadi pegangan hidup kelak. Terdapat banyak buku di pasaran yang dapat menggabungkan konsep tauhid dan sains. Contoh buku yang saya recommend ialah buku The Sign of Allah Might. Biasanya saya pinjam dekat library. Tapi, memang berbaloi kalau beli.
2. Al-Quran
Betul, terlalu banyak ayat al-Quran yang menerangkan kewujudan Allah SWT. Bahkan kajian sains turut menyokong kesahihan fakta berkenaan. Tapi, usia anak yang 5 dan 3 tahun ini masih sukar nak faham isi kandungan dan konsep dengan jelas.
Sebab itu kita sebagai ibu bapa perlu perkenalkan Al-Quran sebagai Kalam Allah dan bantu mereka menghayati dan menerima cerita yang disampaikan dengan baik.
3. Solat Berjemaah
Solat adalah tiang agama kita perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Bagi mereka nampak kegembiraan dan keterujaan kita setiap kali masuk waktu.
Bila anak tanya, katakan dekat mereka ” Mama nak solat dengan ayah, bila kita solat Allah sayang kita.” Tapi kalau mereka tak mahu lagi tak perlu paksa. Tunjukkan konsisten dan lama-kelamaan akan datang minat dalam diri anak dan akan rasa satu kewajipan untuk menunaikan solat.
4. Pemerhatian
Allah cipta bulan, Allah cipta matahari, Allah cipta awan, Allah cipta langi. Semua Allah yang cipta.
Subhanallah, hebatkan Allah. Allahuakbar!
“Ahza, cuba tengok atas, apa tu?” tunjuk ke arah bulan.
“Bulan..Tu bulan lah mama”
“Cantik tak bulan?”
“Cantik…”
“Siapa buat bulan?”
“Allah !”
“Hebatkan Allah…”
“Hebat…”
MasyaAllah Tabarakallah. Selalu kaitkan penciptaan Allah supaya anak lebih kenal Allah.
5. Beraktiviti
Dedahkan hands-on experience supaya anak lebih memahami apa yang mereka pelajari. Buat kraf nama Allah, buat diy tasbih supaya dapat perkenal anak cara memuji Allah, buat kraf 99 Nama Allah dan lain-lain.
6. Berdoa
Doa senjata orang mukmin. Pupuk anak berdoa supaya setiap perbuatan mereka dapat ingatkan mereka kepada Allah.
Baca juga: Tips Mendidik Anak Hafal Surah
Saya bukan apa, hidup di dunia akhir zaman yang penuh dengan fitnah dunia. Kalau anak tak dididik untuk kenal Allah, tak kenal Rasulullah, mereka tak tahu siapa yang patut mereka sanjung dan puja. Allahuakbar.
Tak dapat dibayangkan kerosakan bagaimana yang bakal didepani anak-anak bila mereka dewasa nanti. Semoga kita dapat menerapkan aqidah yang sahih dalam diri anak-anak dan mereka dapat mempertahankan aqidah walau pelbagai gelombang dugaan dan cubaan yang dihadapinya. InsyaAllah.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.