Blog

Tips Galakkan Anak Minat Membaca

oleh Hanis Athirah dalam Pendidikan
Galakkan minat membaca pada anak-anak dengan cara yang seronok dan santai.

Nak galakkan anak-anak minat membaca memang memerlukan kesabaran, tapi dengan sedikit kreativiti, ia boleh jadi perjalanan yang seronok. Salah satu cara paling mudah adalah dengan mula dari apa yang mereka minat. Kalau anak suka haiwan, cari buku cerita yang penuh dengan kisah binatang comel.

Kalau mereka suka superhero, cuba cari komik atau buku bergambar yang simple dan senang difahami. Bila mereka baca sesuatu yang mereka suka, secara tak langsung mereka akan lebih teruja nak habiskan buku tu.

Selain tu, cuba jadikan membaca sebagai rutin harian yang dinanti-nantikan. Contohnya, sebelum tidur, luangkan masa untuk baca buku bersama-sama. Tak perlu lama pun, cukup 15-20 minit sehari, tapi konsisten.

Kita juga boleh cipta sudut membaca yang cozy di rumah, letak bantal empuk, selimut dan lampu yang ada cahaya warm. Bila suasana tu inviting, anak-anak akan lebih seronok nak duduk dan baca buku.

Libatkan mereka dalam pemilihan buku juga satu langkah yang bagus. Bawa mereka ke kedai buku atau perpustakaan, biar mereka pilih sendiri buku yang mereka nak baca. Percayalah, bila mereka sendiri yang pilih, mereka akan rasa lebih excited nak habiskan buku tu. Ini juga secara tak langsung ajar mereka untuk rasa bertanggungjawab dengan pilihan mereka sendiri.

Jangan lupa beri pujian dan ganjaran kecil setiap kali mereka berjaya habiskan satu buku atau berjaya baca sendiri. Pujian macam, “MasyaAllah hebatnya! Anak mama boleh habiskan baca tiga halaman sendiri!” boleh buat mereka rasa dihargai dan lebih semangat nak terus membaca. Kalau kita sendiri suka membaca, tunjukkan kepada mereka. Anak-anak suka tiru apa yang kita buat, jadi bila mereka nampak kita enjoy baca buku, mereka pun akan rasa nak buat benda yang sama.

Paling penting, jangan jadikan membaca satu beban. Jadikan ia aktiviti yang fun dan penuh penemuan baru. Bila mereka rasa seronok, mereka akan lebih cenderung nak terus membaca.

Akhirnya, buku akan jadi teman baik mereka, dan itu yang kita nak sebenarnya, bila anak-anak yang jatuh cinta dengan dunia buku dan seronok menikmati setiap cerita yang ada di dalamnya.

Baca Juga : Cara Seronok Ajar Anak Bahasa Inggeris

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis