Pernah tak anak cakap,
“Saya tak pandai melukis” walaupun sebenarnya mereka suka?
Sebenarnya, melukis ni bukan soal bakat semata-mata. Dengan panduan yang betul, anak-anak boleh bina keyakinan dan seronok berekspresi!
Melukis ni tak susah bila ada panduan yang mudah dan menyeronokkan. Kalau anda nak cuba, cari bahan yang sesuai dengan minat anak.
1. Mulakan dengan Lukisan Asas
Ajar anak mula melukis menggunakan bentuk-bentuk asas seperti bulatan, segi empat dan garis lurus.
Tunjukkan bagaimana bentuk-bentuk ini boleh digabungkan untuk menjadi objek yang lebih besar, seperti haiwan atau rumah.
Contohnya, tunjukkan cara lukis bulatan sebagai kepala, tambah segi empat panjang untuk badan dan garis untuk tangan dan kaki.
Bila mereka nampak lukisan boleh dimulakan dengan cara mudah, insyaAllah mereka akan lebih yakin.
2. Jangan Betulkan “Kesalahan” Mereka
Bila anak melukis, biarkan mereka bebas melukis apa saja, walaupun “tak realistik.”
Kalau anak lukis kereta dengan tiga roda atau pokok yang ada mata, biarkan saja.
Beri galakan dengan bertanya,
“Wah, kenapa pokok tu ada mata? Adik bayangkan dia bercakap, ya?”
Pertanyaan macam ni akan galakkan mereka terus melukis tanpa rasa takut salah. Ingat, lukisan adalah ekspresi, bukan sesuatu yang perlu tepat.
3. Gunakan Alat Melukis dan Buku Panduan yang Menarik
Anak-anak lebih bersemangat bila ada alat dan panduan yang menyeronokkan. Selain pensil atau marker, cuba gunakan buku melukis yang ajar langkah demi langkah.
Buku seperti Bestnya! Melukis sangat membantu sebab dapat tunjuk cara melukis secara mudah mulakan dengan bentuk asas, tambah detail sedikit demi sedikit dan akhirnya siap satu objek penuh.
Anak-anak saya sendiri suka sebab mereka rasa melukis jadi lebih “senang” dan menyeronokkan.
4. Jangan Fokus pada Kesempurnaan
Elakkan komen seperti,
“Garisan ni tak lurus,” atau “Kenapa bentuk ni tak jadi?” Sebaliknya, fokus pada usaha mereka dan beri pujian yang membina.
Cakap, “Wah, bagusnya adik cuba lukis gajah! Mama suka sangat sebab adik dapat lukis sampai siap.”
Pujian macam ni bantu mereka bina keyakinan diri.
5. Luangkan Masa untuk Melukis Bersama
Melukis boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan bila dibuat bersama-sama.
Duduk dengan anak, pilih satu objek dan cuba melukis sama-sama.
Kalau anak mula ragu-ragu, beri mereka semangat dengan cakap,
“Tak apa kalau tak jadi, kita cuba lagi. Mama pun nak belajar sama-sama dengan adik.”
Mereka akan rasa lebih selesa mencuba bila tahu anda ada di sisi.
6. Simpan dan Pamerkan Hasil Kerja Mereka
Selepas anak habis melukis, puji usaha mereka dan simpan hasil kerja mereka di tempat yang mereka boleh lihat.
Contohnya, tampal di dinding atau letak dalam folder khas.
Bila mereka nampak karya mereka dihargai, mereka akan lebih semangat untuk melukis lagi.
Anda boleh cakap, “Cantik sangat lukisan ni, nanti kita tunjuk kat ayah, ya?”
Baca juga: Senarai Alat Tulis yang Perlu Ada untuk Mulakan Homeschool
Buku yang saya guna dari Siri Bestnya ni sangat membantu sebab dapat ajar langkah demi langkah melukis dalam tema yang anak-anak suka.
Paling penting, melukis tak perlu sempurna, yang penting anak-anak rasa seronok sepanjang perjalanan tu.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.