Blog

Betul Ke Homeschool Untuk Anak Yang Tak Suka Sekolah?

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Jawapan saya tak betul.

Homeschool bukan hanya untuk anak-anak yang tak suka sekolah. Ramai yang fikir homeschool ni macam pilihan terakhir, bila anak tak boleh ‘cope’ dengan sistem sekolah biasa, kena buli atau tak suka suasana kelas. Tapi sebenarnya, homeschool jauh lebih luas daripada itu.

Homeschool bukan sebab anak tak mampu ikut sistem.

Praktikal

Tapi dipilih disebabkan keluarga nak cara belajar yang lebih sesuai dengan anak-anak mereka. Contohnya, ada anak yang belajar lebih baik dengan pendekatan praktikal. Mereka tak suka duduk diam lama-lama, lebih suka belajar melalui aktiviti fizikal, eksperimen atau projek kreatif. Dalam homeschool, cara ni boleh jadi fokus utama tanpa terikat dengan jadual ketat.

Fleksibiliti

Ada juga keluarga yang pilih homeschool sebab nak lebih fleksibiliti. Tak semua anak belajar pada masa yang sama atau dengan cara yang sama. Kalau anak susah nak fokus pagi-pagi, homeschool beri ruang untuk belajar ikut masa yang sesuai. Kalau ada topik yang anak perlukan masa lebih lama, homeschool tak akan paksa mereka kejar silibus.

Bukan semua keluarga yang memilih homeschool disebabkan mereka ada masalah. Kadang-kadang, keluarga cuma nak peluang untuk anak belajar dengan lebih bebas. Contohnya, kalau anak ada minat mendalam pada sesuatu seperti sains, seni atau bahasa, jadi homeschool boleh sesuaikan pembelajaran untuk fokus pada apa yang mereka betul-betul suka.

Keluarga

Ada juga memilih pilihan ini kerana nak anak lebih rapat dengan keluarga, nak mereka dapat nilai hidup yang lebih praktikal dan nak beri mereka peluang untuk belajar dari pengalaman sebenar, bukan semata-mata teori.

Baca juga: Kami Homeschool Bukan Kerana Silibus Dah Tak Relevan

Jadi, homeschool tak semestinya sebab anak tak anak tak suka sekolah. Tapi, adalah pilihan. Pilihan untuk buat pembelajaran lebih fleksibel, lebih peribadi dan lebih sesuai untuk anak-anak kita.

Sebab setiap anak berbeza, dan homeschool beri ruang untuk kita hormati perbezaan tu. Homeschool tak sempurna, tapi ia boleh jadi sesuatu yang sangat bermakna bila kita tahu kenapa kita pilih jalan ni.

Jemput join komuniti homeschool di sini

homeschoolbahasasainssempurna

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis