Blog

7 Cara Bantu Stabilkan Mood Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting

Mood anak yang berubah-ubah macam roller coaster memang boleh buat kita rasa hilang sabar. Dari ceria tiba-tiba merajuk, sekejap gembira sekejap menangis.

Jangan terus angkat bendera putih! Sebelum rasa nak give up, cuba dulu 7 cara mudah ni untuk bantu stabilkan mood mereka. Tak susah, tapi impaknya besar!

1. Kenali Punca Mood Anak

Perubahan mood biasanya ada punca. Mungkin mereka penat, lapar atau ada sesuatu yang mengganggu fikiran mereka. Cuma anak-anak ni tak selalu pandai nak sampaikan perasaan tu.

Jadi, cuba ajak mereka bercakap atau perhatikan apa yang berlaku sebelum mood mereka berubah. Kadang-kadang perkara kecil macam tak jumpa mainan kesayangan pun boleh jadi sebab.

2. Beri Ruang untuk Tenang

Ada masa, bila anak-anak marah atau sedih, yang mereka perlukan cuma sedikit masa untuk bertenang. Tak semestinya kita perlu campur tangan terus.

Beri mereka ruang untuk calm down. Lepas tu, baru tanya apa yang terjadi atau nak bercerita.

3. Ajak Anak Kongsi Perasaan

Ajak anak-anak luahkan perasaan mereka dengan cara yang mereka selesa.

Boleh tanya soalan simpe seperti, “Abang rasa macam mana sekarang?” atau “Ada tak adik nak share apa yang buat adik rasa sedih?”

Bila mereka dapat luahkan, kita boleh lebih faham dan bantu mereka urus emosi dengan lebih baik.

4. Rutin yang Konsisten

Anak-anak biasanya lebih tenang bila ada rutin yang teratur. Bila mereka tahu apa yang akan berlaku seterusnya, rasa cemas dan mood swing boleh dikurangkan.

Contohnya, waktu tidur dan makan yang konsisten boleh buat anak rasa lebih terkawal dalam hidup seharian mereka.

5. Aktiviti Fizikal untuk ‘Lepaskan’ Tenaga

Kadang-kadang, mood yang naik turun tu sebab anak-anak ada tenaga yang berlebihan. Ajak mereka buat aktiviti fizikal macam berlari, melompat atau main dekat padang.

Bila tenaga mereka dah digunakan, biasanya mereka akan lebih tenang dan mood pun dah kembali tenang

6. Ajar Anak Teknik Tenang

Walaupun anak-anak masih kecil, mereka boleh diajar cara untuk bertenang bila rasa marah atau kecewa. Ajar mereka tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan.

Boleh buat sekali dengan mereka. Walaupun nampak simple, teknik ni sangat berkesan untuk bantu anak calm down

7. Luangkan Masa Berkualiti

Anak-anak yang merasa kurang perhatian cenderung untuk mood swing. Kadang-kadang, mereka cuma nak masa berkualiti bersama kita.

Luangkan masa walaupun sekejap, tapi tanpa gangguan telefon atau kerja.

Duduk, borak, baca buku atau main board game bersama. Bila mereka rasa dekat, mood mereka lebih stabil.

Baca juga: Gantikan Hukuman dengan Tindakan Logik untuk Mendidik Anak

Mengawal mood anak bukanlah tugas mudah, tapi dengan pendekatan yang betul, ia boleh jadi lebih lancar.

Cuba terapkan langkah-langkah ni dalam rutin harian dan lihat bagaimana mood mereka berubah secara positif.

Anak tenang, kita pun senang! Mood anak lebih stabil, hubungan pun makin erat.

teraturrutinfizikalsedih

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis