Aktiviti handprint art ni memang seronok untuk anak-anak yang suka explore dengan warna dan tekstur! Di sini, saya compile beberapa idea handprint art yang boleh buat bersama anak-anak. Aktiviti ni bukan saja fun, tapi juga banyak manfaat untuk perkembangan mereka.
1. I untuk Iguana
Untuk aktiviti ni, anak-anak gunakan tapak tangan mereka yang dicelup warna hijau, lepas tu tekan kat kertas untuk hasilkan badan iguana. Tambahkan details seperti duri kat belakang iguana dengan jari atau guna berus kecil. Aktiviti ni sesuai sangat untuk literasi awal dunia abjad sebab anak boleh kenal huruf dan haiwan serentak.

2. Handprint Fish Art
Dengan menggunakan warna ungu untuk tangan, anak boleh buat bentuk ikan. Lepas cap tangan tu, bolehlah tambahkan sirip, mata dan mulut guna marker. Background boleh ditambah dengan warna biru untuk efek air laut. Aktiviti ni bukan je seronok tapi juga bantu anak belajar tentang haiwan air.

3. Handprint Car Art
Guna warna kuning untuk cap tangan, kali ni untuk buat bentuk kereta. Tambahkan roda, tingkap dan jalan raya dengan marker atau crayon. Anak boleh belajar tentang kenderaan sambil buat aktiviti seni ni. Seronok dan simple!

4. Handprint Flamingo
Untuk flamingo ni, warna pink digunakan untuk cap tangan. Posisi tangan yang tegak mencipta badan flamingo. Tambahkan kepala dan kaki untuk lengkapkan bentuknya. Aktiviti ni boleh membantu anak kenal warna dan haiwan eksotik macam flamingo.

5. Fire Truck Handprint Art
Anak-anak gunakan warna merah untuk buat cap tangan, lepas tu kita tambah details macam tangga dan tayar dengan warna lain. Fire truck ni memang menarik bagi anak-anak sebab ia gabungkan warna-warna ceria. Aktiviti ni boleh jadi pengenalan untuk anak tentang pekerjaan ahli bomba.

6. Handprint Dinosaur Craft
Warna kuning digunakan untuk buat bentuk dinosaur. Cap tangan di kertas jadi badan dinosaur, dan kita boleh tambah spikes dan latar belakang macam gunung berapi untuk buatkan gambar lebih hidup. Aktiviti ni bagus untuk anak yang minat dengan dinosaur!

7. Handprint Camel
Untuk camel, gunakan warna coklat untuk cap tangan dan tambahkan kaki serta kepala unta. Aktiviti ni sesuai untuk memperkenalkan haiwan padang pasir kepada anak-anak. Sambil buat aktiviti, boleh juga cerita sikit tentang habitat unta dan kenapa dia ada bonggol.

8. Handprint Birthday Cake
Aktiviti ni simple tapi sangat cute! Gunakan warna-warna ceria untuk setiap jari dan tapak tangan untuk hasilkan bentuk kek. Tambahkan pom-pom kecil sebagai ‘hiasan’ atas kek. Aktiviti ni sesuai untuk sambutan hari jadi atau sekadar nak buat sesuatu yang colorful.

9. Handprint Elephant Art
Guna warna ungu untuk buat bentuk gajah. Dua cap tangan diperlukan untuk buat sepasang gajah. Tambah mata, belalai, dan rumput di sekeliling untuk lengkapkan scene. Aktiviti ni bagus untuk anak yang suka haiwan dan juga boleh develop imaginasi mereka.

Baca juga: Dot Marker, Alat Tulis Menarik Sebelum Anak Gunakan Pensel
Handprint art ni walaupun comot, memang banyak manfaat. Selain melatih deria, motor halus, dan imaginasi, aktiviti macam ni juga moment bonding yang anak-anak pasti akan ingat. Pastikan guna washable paint untuk mudah dibersihkan. Yang penting, mereka enjoy dan belajar sesuatu yang baru sambil main!
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.