Dalam dunia homeschooling, tak semua keluarga pilih cara yang sama. Ada yang suka buat semua sendiri dari A sampai Z kat rumah dan ada yang suka gabungkan belajar kat rumah dengan aktiviti luar atau kelas-kelas tertentu.
Fleksibiliti ni lah yang buat homeschooling jadi menarik dan sesuai ikut keselesaan serta keperluan setiap keluarga.
Jadi, apa sebenarnya beza dua pendekatan utama dalam homeschooling ni? Jom kita tengok!
Homeschooling Sepenuhnya
Pendekatan ni melibatkan pembelajaran yang sepenuhnya dilakukan di rumah atau dalam persekitaran yang ditentukan oleh ibu bapa. Ibu bapa akan jadi guru, buat perancangan kurikulum dan sediakan bahan pembelajaran ikut keperluan anak-anak.
Semua subjek, dari matematik ke seni akandiajar sendiri oleh ibu bapa atau dengan bantuan sumber online dan buku-buku yang sesuai. Anak-anak pun belajar ikut rentak sendiri tanpa tekanan luar.
Kalau mereka nak lebih masa untuk explore satu-satu topik, mereka boleh fokus sampai puas hati! Pendekatan ni sangat sesuai untuk keluarga yang nak full control dalam proses pembelajaran anak-anak.
Hybrid Homeschooling
Hybrid ni macam gaya “campur-campur” iaitu sebahagian belajar kat rumah dengan ibu bapa, dan sebahagian lagi melalui kelas luar, macam pusat pembelajaran atau kelas komuniti.
Anak-anak dapat pengalaman belajar dengan kawan-kawan homeschool lain, tapi tetap ada bimbingan daripada ibu bapa kat rumah. Contohnya, mungkin mereka ke kelas sains atau seni di pusat komuniti dan belajar subjek-subjek lain macam bahasa atau sejarah di rumah.
Pendekatan hybrid ni sesuai untuk yang nak bagi anak rasa suasana sosial tapi masih fleksibel dan tak terlalu terikat dengan jadual.
Baca juga: Homeschool Tak Selalu Indah Yang Disangka

Penuh Dengan Pilihan
Homeschooling ni memang penuh dengan pilihan dan tak ada satu pun cara yang “betul” atau “salah”. Tapi, semua bergantung pada apa yang sesuai untuk anak-anak dan keluarga.
Sama ada homeschooling sepenuhnya atau hybrid, yang penting anak-anak dapat belajar dengan tenang, explore minat masing-masing, dan berkembang dalam persekitaran yang positif. Fleksibiliti ni lah yang buat homeschooling jadi pilihan yang seronok dan bermakna bagi sesetengah keluarga.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.