Blog

10 Aktiviti Homeschool Belajar Mengira Bahagian 2

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Dalam post sebelum ini, saya dah kongsi beberapa aktiviti mengira yang menarik untuk anak-anak homeschool kita. Kali ni, kita sambung lagi dengan 8 idea aktiviti mengira yang lebih kreatif dan menyeronokkan.

Mengenalkan aktiviti matematik dalam bentuk yang fun ni bukan sahaja buat mereka lebih seronok belajar, tapi juga membantu anak-anak untuk melihat bahawa matematik itu bukan sekadar mengira di atas kertas. Kita boleh sediakan aktiviti ni sebagai sebahagian daripada rutin harian homeschool atau sebagai aktiviti tambahan pada hujung minggu.

Yang penting, biar anak-anak explore dan enjoy proses belajar tanpa tekanan.

1. Pom Pom Scoop Counting

Aktiviti ni sangat mudah dan sesuai untuk anak kecil yang baru belajar nombor. Sediakan bekas kecil dan pom-pom pelbagai warna. Anak boleh menggunakan sudu atau tangan untuk ambil pom-pom dan kira berapa banyak dalam setiap bekas. Aktiviti ni bagus untuk fine motor skills sambil belajar nombor.

No photo description available.

2. Race to Fill the Cups

Gunakan cawan dan linking cubes. Letakkan dadu sebagai penentu berapa banyak blok yang perlu dimasukkan ke dalam cawan. Aktiviti ni bukan saja ajar mereka mengira, tapi juga buat mereka bersemangat sebab ada elemen “perlumbaan”!

No photo description available.

3. Fire Safety Numbers Clip

Sediakan kad bergambar dengan pelbagai bilangan objek yang berkaitan dengan tema kebakaran seperti bomba atau hos air. Anak akan klip pada nombor yang betul berdasarkan bilangan objek. Aktiviti ni bantu mereka matching bilangan dengan angka secara visual.

mengira

4. Stickers Counting and Deco

Gunakan cawan kertas dan nomborkan setiap cawan. Beri anak pelekat untuk mereka letakkan pada cawan mengikut nombor. Contohnya, kalau cawan bernombor “4,” mereka akan letak empat pelekat. Aktiviti ni simple tapi berkesan untuk buat mereka ingat nombor.

mengira

5. Match and Stick Numbers

Ini aktiviti wall-friendly di mana anak boleh berdiri dan stick gambar atau titik pada nombor yang betul di dinding. Kaedah ini sangat bagus untuk kinaesthetic learners yang suka bergerak sambil belajar.

mengira

6. Number Dots

Tulis nombor besar di kertas dan suruh anak letakkan dot. Boleh guna sticker dot atau dot marker pada nombor tersebut mengikut bilangannya. Aktiviti ini mudah dan visual menarik untuk bantu anak lebih memahami nombor.

mengira

7. Count and Clip

Sediakan cawan dan klip pelbagai warna. Anak akan kira dan klipkan pada setiap cawan mengikut nombor yang tertulis pada cawan. Aktiviti ni bukan saja bantu dalam pengiraan, tapi juga develop hand strength dan koordinasi tangan-mata.

mengira

8. Cupcakes Beads Counting

Gunakan liner cupcakes dan labelkan dengan nombor. Sediakan manik warna-warni dan biarkan anak letak manik dalam setiap cupcake liner mengikut nombor. Aktiviti ni sangat fun sebab anak boleh pretend sedang buat “cupcake” sambil belajar nombor.

No photo description available.

Baca juga: Projek DIY Best Dengan Libatkan Subjek Matematik

Aktiviti-aktiviti ni semua boleh dilakukan dengan bahan yang mudah didapati dan mampu buat anak-anak lebih teruja belajar nombor.

Cara belajar melalui bermain ni bukan saja buatkan proses pembelajaran lebih menyeronokkan, tapi juga menjadikan ilmu lebih kekal dalam ingatan mereka.

Jangan lupa cuba variasi aktiviti ni untuk lihat mana yang paling diminati oleh anak anda!

visualnombormotor skillmengira

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis