Blog

Belajar Tak Semestinya Kena Duduk Diam

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Kadang-kadang kita lupa bahawa belajar tak semestinya duduk di meja dengan buku atau laptop.

Bawa anak-anak keluar rumah, explore alam sekitar dan sambil tu, mereka belajar pelbagai perkara yang tak ada dalam buku teks!

Contoh paling mudah, kalau pergi ke taman. Anak-anak boleh belajar tentang sains alam. Biar mereka perhatikan pokok-pokok, bunga, serangga dan burung.

Tanya mereka soalan macam, “Kenapa pokok ni tumbuh kat sini?” atau “Apa perbezaan daun pokok ni dengan pokok yang lain?”.

Learning through observation macam ni buat mereka lebih curious dan buka mata tentang dunia sekeliling.

Selain tu, outdoor juga peluang untuk membangunkan fizikal dan mental.

Aktiviti macam memanjat, berlari atau berkhemah bantu tingkatkan keseimbangan, kekuatan badan dan paling penting, buat anak-anak lebih berani mencabar diri.

Belajar tak semestinya kena duduk diam tapi  biar mereka bergerak!

Nature walks pun satu cara yang best untuk anak-anak.

Ajar anak-anak tentang ekosistem, iklim, dan geography sambil jalan-jalan. Biar mereka kumpul daun atau batu yang unik, bawa balik untuk projek seni atau sains.

Dan kalau nak lebih interaktif, outdoor juga peluang untuk buat field trip. Lawat muzium, zoo atau pusat sains.

Baca juga: Idea Field Trip untuk Homeschool

Kita boleh ajar belajar di mana-mana. Plus, anak-anak lebih ingat apa yang mereka alami sendiri, daripada hanya membaca tentangnya.

Outdoor learning bukan sekadar beri anak-anak nafas baru, tapi juga beri mereka ruang untuk explore dunia sebenar. Kadang-kadang, idea paling kreatif datang bila mereka bebas bermain di luar, bukan dari duduk dalam kelas sepanjang masa.

So, keluarkan homeschool dari rumah, biar anak-anak belajar dari alam. Dunia ni luas, dan homeschool boleh berlaku di mana-mana saja

ruangexploretripoutdoor

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis