Blog

Anak-Anak Takkan Selalu Perlukan Kita

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting

Sekarang, setiap pagi anak kita akan datang, duduk sebelah kita dengan mata yang penuh kepercayaan, minta tolong dengan benda-benda kecil.

“Mama, boleh tak tolong ikatkan tali kasut?” atau “Mama, saya nak air.”

Kita rasa, benda ni akan terus berlaku setiap hari, rutin yang kita biasa. Tapi hakikatnya, mereka takkan selamanya datang pada kita dengan permintaan kecil macam tu.

Satu hari nanti,kasut yang dulu kita tolong ikat, sekarang dah tak berselerak depan pintu. Mereka dah pandai buat sendiri, tanpa perlu panggil kita.

Satu hari nanti, masa mereka tersadung atau jatuh, mereka akan bangun sendiri, tanpa panggil kita untuk peluk dan pujuk.

Percayalah, akan ada hari yang mungkin kita tak pernah terfikir akan datang, tapi pasti akan tiba juga. Masa tu nanti, kita akan rindu segala rengekan manja mereka.

Hari ni mungkin kita rasa penat, kita rasa “Ya Allah, letihnya jaga mereka, tak ada masa untuk diri sendiri.”

Tapi cuba kita bayangkan satu hai nanti bila mereka dah tak lagi perlukan kita untuk semua tu.

Rindu pada Momen Kecil

Kita akan rindu suara kecil yang panggil kita tiap kali perlukan bantuan.

Kita akan rindu pelukan spontan mereka.

Rindu setiap kali mereka tarik tangan kita minta ditemani.

Sebenarnya, masa tu yang paling kita rindu bukanlah masa mereka tak tahu buat sesuatu, tapi masa mereka mahu kita ada di sisi.

Sebab semakin mereka besar, semakin mereka nak tunjuk bahawa mereka boleh berdikari. Itu fitrah.

Tapi kita sebagai ibu, hati ni akan selalu nak jadi tempat pertama mereka cari bila susah, walaupun kita tahu satu hari nanti, mereka akan pilih untuk cuba berdiri sendiri.

Kita takkan selamanya jadi orang yang pertama mereka panggil. Mungkin hari ni kita masih orang yang mereka cari bila ada soalan atau masalah.

Tapi suatu hari nanti, mereka akan ada kawan-kawan atau insan lain dalam hidup mereka yang mereka pilih untuk luahkan perasaan atau minta nasihat.

Peranan Ibu yang Tak Pernah Berakhir

Masa tu nanti, kita mungkin cuma boleh duduk di belakang, perhatikan dari jauh.

Tapi tak apa, itu adalah proses mereka membesar.

Itu adalah proses kita juga, belajar melepaskan.

Apa yang paling penting sekarang, selagi mereka masih datang minta tolong, selagi mereka masih percaya kita boleh selesaikan masalah mereka, kita ada. Kita hadir sepenuhnya, tak kira betapa penat atau sibuknya kita.

Baca juga: Biar Mereka Belajar Berdikari!

anak

Jadi, bila mereka panggil, datanglah dengan hati yang terbuka. Sebab satu hari nanti, panggilan tu akan semakin jarang kedengaran.

Bukan sebab mereka tak sayang kita lagi, tapi sebab mereka dah jumpa kekuatan dalam diri sendiri. Masa tu nanti, kita akan tahu, tugas kita sebagai ibu tak pernah berakhir, tapi peranannya mungkin berubah.

Dari menjadi tempat pertama mereka cari, kita akan jadi tempat mereka datang balik, bila dunia luar tak seperti yang diharapkan.

Dan waktu tu, kita harap pelukan kita masih cukup untuk tenangkan hati mereka, seperti waktu mereka masih kecil dulu.

anakperasaanpanggilanrindu

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis