Blog

Cara Komunikasi Dengan Anak Mengikut Umur

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting

Setiap peringkat umur anak memerlukan pendekatan komunikasi yang berbeza.

Cara kita bercakap dengan anak-anak adalah kunci untuk memahami mereka dan memastikan mereka rasa didengar serta dihargai.

Anak-anak yang masih kecil mungkin belum pandai meluahkan perasaan dengan kata-kata, jadi sebagai ibu bapa, penting untuk kita tahu bagaimana cara terbaik untuk bercakap dengan mereka ikut umur.

Dengan pendekatan yang betul, kita boleh bina hubungan yang lebih erat dan sihat antara kita dengan anak-anak.

O HINGGA 1 TAHUN

  • Sentuhan ialah bentuk komunikasi pertama.
  • Respon apa yang bayi cakap walaupun apa yang mereka cakap tidak mempunyai apa-apa makna.
  • Sesekali tiru percakapan mereka tapi guna intonasi berbeza
  • Fokus perkataan baharu untuk diperkenalkan dan sebut banyak kali serta pergerakan mulut yang jelas untuk anak ikut serta panjangkan setiap “harakat” setiap suku kata. Seperti:Minum: “Miiiiiii nuuuuummm”

1 HINGGA 2 TAHUN

  • Selalu bercakap dengan mereka untuk tingkatkan mengalakkan perkembangan bahasa.
  • Guna intonasi dan bahasa badan untuk perkukuhkan lagi percakapan kita bersama mereka.
  • Jangan gelak seperti mengejek jika anak masih pelat dan tidak dapat menyebut dengan betul perkataan yang kita perkenalkan.
  • Menyanyi bersama anak dan untuk lebih menarik
  • Pasang audio supaya anak dapat melihat pergerakan mulut kita sambil terhibur dengan muzik yang dimainkan.

3 HINGGA 5 TAHUN

  • Jika anak hendak bercakap boleh beri tumpuan dengan merendahkan badan kita sama paras dengan mereka dan pandang mata mereka ketika bercakap.
  • Jika anak bercakap lebih daripada 3 perkataan, jangan hanya membalas satu perkataan seperti “ya”, “tak” dan sebagainya kerana perbualan akan habis begitu saja dan anak tidak berminat untuk teruskan lagi perbualan.
  • Guna intonasi, nada yang sesuai dan bahasa badan bersesuaian ketika bercakap.
  • Libatkan diri semasa anak bermain.
  • Bila bermain anak akan menyampai dan menerima maklumat menerusi komunikasi verbal dan bukan verbal.

6 HINGGA 11 TAHUN

  • Dengar apa yang anak cakap dengan bersungguh-sungguh dan ulangi apa yang kita dengar.
  • Bercakap dengan anak dengan cara yang yang terhormat dan menujukkan kematangan.
  • Gabungkan perkataan dengan aksi contohnya “Sedia…mula”
  • Beri pujian bila anak dapat menyebut perkataan baharu. selalu ketawa bersama anak dan luangkan masa untuk mendengar anak bercerita.
  • Akui kesalahan kita bila kita berbuat salah supaya anak juga akan jujur untuk bercakap mengenai kesalahannya kepada kita.

12 HINGGA 18 TAHUN

  • Tunjukkan penghormatan tentang pendapat yang dinyatakan oleh anak yang telah meningkat remaja.
  • Sentiasa mendengar luahan hati anak. dengarlah anak bercakap dengan menggunakan perasaan dan penglihatan anda dan bukan hanya dengan telinga semata-mata.
  • Sentiasa memberi maklumbalas atau pendapat yang dapat membantu anak anda lebih berminat untuk bercakap.
  • Hormati privasi anak dan simpan rahsia supaya dapat menambat kepercayaan mereka.

Baca juga: Tips Anak Membesar Jadi Insan Beradab dan Jujur

komunikasi

Yang penting, komunikasi dua hala adalah asas untuk hubungan yang sihat antara kita dengan anak-anak. Bila kita pandai sesuaikan cara bercakap ikut tahap perkembangan mereka, anak akan rasa lebih selamat dan disayangi.

Semoga dengan panduan ni, kita semua dapat terus memperbaiki cara kita berkomunikasi dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.

kasih sayangkomunikasibercakapprivasi

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis