Blog

18 Sensory Materials Yang Sesuai Untuk Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources

Anak-anak kecil sering kali tertarik dengan pelbagai tekstur, warna dan bunyi yang ada di sekeliling mereka. Ativiti sensory bukan sahaja seronok tetapi juga sangat baik untuk meningkatkan kemahiran motor halus, tumpuan dan pemahaman deria mereka.

Saya sering gunakan sensory materials untuk melibatkan anak-anak dalam aktiviti hands-on. Tujuannya untuk membantu mereka fokus lebih lama dan mengembangkan deria mereka dengan cara yang menyeronokkan.

Berikut 18 bahan sensori yang saya biasa guna dengan anak-anak. Setiap satu bahan ni ada keunikannya tersendiri dan pastinya anak-anak akan enjoy masa mereka explore semua ni.

1.Belon

Warna-warna ceria belon memang tak pernah gagal menarik perhatian anak. Selain main pegang dan baling, mereka juga boleh belajar kawal kekuatan masa tiup belon.

2. Bebola kapas

Tekstur lembut dan fluffy ni sangat menarik untuk anak. Mereka suka genggam, buat bentuk atau sekadar rasa lembutnya di tangan.

3. Foam Balls

Ringan, lembut dan sesuai untuk dilempar-lempar. Anak-anak boleh explore tekstur foam sambil main lontar-lontar, membantu koordinasi tangan-mata.

4. Feathers

Bulu-bulu lembut ni seronok dipegang dan ditiup. Anak-anak boleh belajar tentang ringan dan berat melalui pergerakan bulu ni di udara.

5. Colourful Chips

Kepingan kecil ni bagus untuk main susun-susun. Anak-anak boleh belajar kenal warna dan bentuk sambil bermain dengan bahan ni.

6. Shredded Paper

Boleh digunakan untuk banyak aktiviti sensori. Anak-anak suka merasai tekstur kasar halusnya sambil meneroka bentuk kertas tu.

7. Pom Pom

Bulu pom pom yang gebu ni memang jadi kegemaran ramai. Lembut dan berwarna-warni, pom pom ni boleh guna dalam pelbagai aktiviti, daripada sorting hingga menghias kraf.

8. Getah

Getah elastik berwarna-warni ni bagus untuk tarik dan lepaskan, bagi melatih kekuatan jari anak-anak. Tambah lagi, mereka boleh buat bentuk-bentuk pelik dengan getah ni.

9. Wiggly Eyes

Mata yang boleh bergerak ni tambah elemen kelakar dalam kraf anak-anak. Mereka boleh tampal pada apa-apa objek dan buat muka-muka yang kelakar!

10. Butang

Butang dengan pelbagai bentuk dan warna boleh digunakan untuk aktiviti menyusun atau buat corak. Bagus untuk bantu anak kenal saiz dan warna.

11. Assorted Shapes

Manik-manik kecil ni bagus untuk threading activity. Anak-anak akan belajar bersabar sambil menyusun manik mengikut bentuk atau warna.

12. Glitter

Serbuk kilauan ni buat aktiviti seni jadi lebih magik. Anak-anak akan teruja bila tengok glitter bersinar di bawah cahaya.

13. Guli

Tekstur licin marbles ni seronok disentuh dan digolekkan. Boleh guna untuk belajar tentang pergerakan, keseimbangan dan graviti.

14. Sequins

Kecil dan berkilauan, sequins ni memang best untuk tambah kilauan pada kraf anak-anak. Mereka boleh susun ikut warna atau buat corak cantik.

15. Beads

Manik kecil ni bagus untuk aktiviti menyusun dan hiasan. Dapat melatih kesabaran anak dan mereka boleh cipta corak sendiri.

16. Essential Oil

Tambah sikit bau-bauan seperti lavender atau lemon untuk merangsang deria bau. Bau memainkan peranan penting dalam menenangkan atau menyegarkan anak-anak.

17. Straw

Straw warna-warni boleh dipotong dan digunakan untuk pelbagai aktiviti kreatif. Dari menyusun hingga membina objek, straw ni fleksibel dan menyeronokkan.

18. Loceng

Bunyi loceng memang buat anak-anak tertarik. Goncang sikit, dengar bunyi, mereka akan mula curious macam mana bunyi tu terhasil. Bagus untuk stimulasi deria pendengaran.

Baca juga: Sensory Play: Kunci Perkembangan Deria Anak

Dengan 18 sensory materials ni, anak-anak boleh explore dunia sekeliling dengan penuh keseronokan. Setiap bahan bagi pengalaman berbeza dan bantu mereka asah kemahiran motor halus.

Biarkan anak-anak explore ikut imaginasi mereka. Yang penting, kita pun enjoy tengok diorang berseronok sambil belajar! Selamat mencuba!

hands-onfokusfillertekstrurkeselamatan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis