Blog

Senang Saja Homeschool Kan?

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool
senang homeschool

“Senang je homeschool kan?”

Kadang-kadang orang tanya saya macam tu. Dari luar, nampak macam fleksibel. Banyak masa kat rumah, tak perlu rushing. Tapi realitinya, homeschool ni kerja full-time yang perlukan disiplin tinggi. Setiap hari kita kena plan, bukan je untuk pastikan anak-anak belajar, tapi untuk pastikan kita pun ready mental dan fizikal.

Kita jadi cikgu, jurulatih, kaunselor, kawan baik dan kadang-kadang referee kalau mereka bergaduh.

Disiplin dan Komitmen

Awal-awal dulu, saya ingat homeschool ni boleh jadi rileks sebab kita kat rumah kan, tapi sebenarnya homeschool menuntut disiplin yang lebih. Bukan jenis disiplin yang terlampau tegas, tapi lebih kepada komitmen dan konsistensi.

Merancang dan Fokus

Setiap hari kita yang kena plan apa yang anak-anak akan belajar, macam mana nak pastikan mereka fokus dan balance dengan masa rehat.

Kadang-kadang ada hari yang smooth je, tapi ada juga yang berliku. Lagi-lagi bila anak-anak tak mood. Masa tu lah kita kena steady. Bukan setakat untuk anak-anak, tapi untuk kita juga. Bila kita jaga flow, anak-anak akan ikut rentak yang kita set.

Mengimbangi Tugas Harian

Selain tu, saya kena seimbangkan semua benda lain.

Bayangkan, sambil nak siapkan lesson plan untuk esok, saya juga kena uruskan rumah. Masak, basuh baju, kemas rumah yang berselerak. Lepas tu, anak-anak pula bising nak tunjuk mainan yang mereka susun atau minta kita tengok lukisan mereka.

Jadi nak tak nak, displin kena lebih ketat. Saya tak boleh biarkan diri terikut dengan rasa malas atau tangguh kerja. Kalau saya tak disiplin, anak-anak pun akan ikut. Mereka tengok kita sebagai contoh, jadi kalau kita tak serius, mereka pun tak akan serius.

Homeschool memang bukan jalan pintas. Tapi kalau kita sebagai ibu bapa disiplin, homeschool boleh jadi cara terbaik untuk nurture anak ikut pace dan cara mereka sendiri.

It’s not easy, tapi sangat berbaloi bila nampak progress anak-anak sendiri.

Baca juga: Perkara Perlu Tahu Sebelum Mulakan Homeschool

Senang atau Tidak?

Jadi, senang ke homeschool ni?

Honestly, tak senang.

Dia bukan shortcut atau jalan mudah sebab banyak benda kita sebagai parent kena manage sendiri, jadual, silibus, emosi anak-anak, semuanya kita yang tentukan.

Tapi kalau ditanya berbaloi atau tak, definitely.

Bila kita nampak anak-anak progress dengan cara mereka sendiri, semua penat lelah tu hilang.

The best part is, kita dapat spend quality time dengan anak-anak setiap hari, dan kita sendiri jadi sebahagian besar daripada pembelajaran mereka.

So, senang? No.
Worth it? Definitely!

 

lesson plandisiplinfokuslukisan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis