Blog

Apa Yang Anak Belajar Dalam Bab Ibadah?

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
ibadah

Ibadah sangat penting untuk anak-anak belajar dah memahami supaya dapat membentuk asas yang kukuh dalam agama.

Melalui ibadah, anak-anak mempelajari nilai-nilai kesabaran, ketaatan, dan pengorbanan. Solat mengajar mereka disiplin dalam menjalankan rutin harian, sementara puasa mengajar mereka untuk mengawal nafsu dan meningkatkan kesedaran terhadap orang lain yang kurang bernasib baik.Di sini saya kongsikan apa yang anak belajar dalam bab ibadah.

7 Tahun

  1. Air mutlak dan kegunaannya
  2. Istinjak
  3. Wudhu
  4. Solat fardhu
  5. Rukun solat

8 Tahun

  1. Konsep istinjak selain daripada air
  2. Syarat wajib dan syarat sah solat
  3. Menghafaz bacaaan wajib dalam solat
  4. Menghafaz bacaaan sunat dalam solat

9 Tahun

  1. Bersuci daripada hadas besar
  2. Perkara yang membatalkan solat
  3. Sunat ab’ad & sunat hajat

10 Tahun

  1. Mari bersuci
  2. Menyambut seruan ilahi
  3. Bulan penyucian jiwa

11 Tahun

  1. Tayamum
  2. Solat berjemaah membentuk kekuatan ummah
  3. Jumaat penuh barakah
  4. Dua hari raya yang mulia

12 Tahun

  1. Jenis-jenis hukum
  2. Solat ketika sakit
  3. Solat jenazah

Baca juga: 15 Perkara Anak 5 Tahun Boleh Belajar

ibadah

Semoga anak-anak kita akan diberkati dengan kefahaman yang mendalam tentang nilai-nilai agama dan dipenuhi dengan pengertian yang mendalam dalam setiap ibadah yang mereka lakukan.

Dengan pemahaman yang baik, mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan menjadi individu yang berakhlak mulia, seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan agama.Ibadah bukan sekadar ritual, tetapi merupakan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memahami tujuan kehidupan.

Dalam proses pembelajaran ini, adalah penting untuk ibu bapa dan pendidik memberikan sokongan dan bimbingan agar anak-anak dapat menerapkan apa yang telah mereka pelajari dalam kehidupan seharian.

Dengan demikian, kita akan melahirkan generasi yang tidak hanya berpengetahuan, tetapi juga memiliki sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap agama, masyarakat, dan diri mereka sendiri.

ibadahIslamagamasolat

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis