Blog

Bila Adik Baru Lahir, Perhatian Kini Terbahagi

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting
adik baru

Bila adik baru lahir, tak dinafikan keadaan keluarga berubah. Rutin harian bertukar dan banyak masa serta perhatian ibu bapa terarah kepada si kecil yang baru hadir.

Tapi, apa jadi pada si abang atau kakak? Kadang-kadang, anak sulung atau anak-anak yang lebih tua mungkin rasa terpinggir atau cemburu sebab perhatian yang dulu sepenuhnya milik mereka kini terbahagi.

Anak-anak ni bijak. Mereka akan buat pelbagai cara untuk raih perhatian dan kalau kita tak pandai handle, situasi ni boleh jadi cabaran besar.

Kadang-kadang, mereka mula buat perangai seperti menangis berlebihan, merajuk atau sengaja buat salah sebab mereka tahu, itu cara paling cepat dapat perhatian ibu.

Tapi, macam mana kita boleh bantu mereka rasa disayangi tanpa perlu ‘bersaing’ dengan adik baru?

1. Luangkan Masa One-on-One

Masa berkualiti dengan anak sulung tu penting. Cari peluang untuk luangkan masa berdua, walaupun hanya 10-15 minit sehari. Tunjukkan yang mereka masih penting dan disayangi.

Masa ni bukan perlu buat compliacted pun. Cukup bacakan buku cerita, bermain bersama atau cuma duduk dan borak pasal hari mereka. Yang penting, mereka rasa dapat perhatian penuh.

2. Libatkan Mereka dengan Adik Baru

Jadikan si abang atau kakak rasa terlibat dengan tugas menjaga adik baru. Bagi mereka tugas mudah seperti ambilkan pampers, pilih baju untuk adik atau goyangkan buaian.

Bila mereka rasa ‘terlibat’, mereka akan lebih mudah terima kehadiran adik baru tanpa rasa terpinggir. Dan jangan lupa puji bila mereka tunjuk sikap sayang dan ambil berat.

3. Beri Ruang untuk Luah Perasaan

Anak-anak perlu ruang untuk luah apa yang mereka rasa. Mungkin mereka sedih atau marah sebab tak faham kenapa adik dapat lebih perhatian. Jangan cepat menidakkan perasaan mereka.

Ajak mereka borak dan dengar apa yang mereka cuba sampaikan. Sebab bila kita faham, lebih mudah untuk kita tenangkan mereka dan buat mereka rasa diterima.

4. Jangan Terlalu Cepat Marah

Kena sabar lebih sikit bila anak-anak buat perangai. Kadang-kadang memang susah nak kontrol emosi, lebih-lebih lagi dengan letih jaga baby baru. Tapi cubalah jangan cepat sangat marah atau tengking.

Anak-anak sebenarnya tengah cuba bagitahu yang mereka perlukan perhatian kita. Kalau kita terus marah, mereka akan rasa lebih sedih dan jauh hati.

5. Galakkan Mereka Berbagi Kasih Sayang

Ajar anak-anak yang kasih sayang tak terbatas. Tunjukkan betapa seronoknya bila mereka boleh berkongsi masa dengan adik dan dapat perhatian daripada ayah dan ibu sama-sama.

Contohnya, ajak mereka tepuk tangan bila adik buat benda baru atau senyum bila tengok adik tertawa. Ini boleh buat mereka rasa bangga ada adik kecil yang comel.

Baca juga: Anak Sulung, Insan Pertama Ajar Kita Menjadi Ibu dan Ayah

adik baru

Tak mudah untuk anak-anak terima perubahan besar dalam keluarga, lebih-lebih lagi bila ada adik baru. Tapi dengan kesabaran dan cara yang betul, kita boleh bantu mereka lalui proses ni dengan baik.

Yang penting, mereka tahu walaupun ada baby baru, kasih sayang ibu dan ayah tetap sama. Sebab tu, jadikan rutin untuk selalu peluk dan cium mereka, ingatkan yang mereka sentiasa disayangi tak kira apa pun.

Setiap anak perlukan masa untuk sesuaikan diri, dan sebagai ibu bapa, tugas kita adalah untuk terus menyokong dan tunjukkan cinta tanpa syarat. 💕

 

perhatianperasaanadik barulahir

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis