Blog

Tak Semua Benda Kita Kena Ajar Sendiri Bila Homeschool

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool
ajar sendiri

Ramai yang ingat bila homeschool, kita sebagai mak ayah kena ajar semua subjek sendiri. Tapi, hakikatnya homeschool ni sangat fleksibel. Kita tak perlu jadi ‘guru’ untuk semua subjek, sebab ada cara lain yang boleh bantu anak-anak belajar dengan lebih efektif.

Contohnya, kami sekarang ni guna tutor online dan sangat membantu dalam perjalanan homeschooling kami setiap hari.

Tutor Pelbagai Subjek yang Ajar Anak Secara Online

Untuk masa sekarang, kami ada tutor pelbagai subjek yang ajar anak-anak secara online. Setiap minggu, Lais dan Qais ada sesi dengan tutor ni, dan saya perasan mereka lebih mudah faham bila ada orang luar yang explain dengan pendekatan berbeza. Tutor ni guna contoh-contoh yang simple dan relatable untuk ajar konsep-konsep susah.

Tambahan pula, anak saya, Lais dulu memang struggle bab pecahan, terutamanya bila kena samakan denominator untuk tambah atau tolak pecahan. Kalau sebelum ni dia keliru dan rasa tertekan, tapi sekarang, dia dah mula faham bila tutor explain dengan step-by-step yang mudah.

Siap guna visual dan animasi untuk buat mereka nampak perbezaan antara denominator!

Yang paling seronok, bila buat latihan lepas tu, Lais dah boleh bezakan bila dia kena samakan denominator dulu sebelum buat operasi tambah atau tolak pecahan. Kalau dulu dia stress, sekarang dah confident dan siap boleh ajar adik dia, Qais.

Komuniti Homeschool

Selain itu, saya rasa salah satu kelebihan homeschool adalah kita boleh pilih pendekatan yang sesuai untuk anak-anak. Kalau sekarang kami guna tutor online, mungkin lepas ni insyaAllah kami akan jemput tutor datang ke rumah untuk sesi face-to-face.

Atau, mungkin join komuniti homeschool untuk kelas berkumpulan. Fleksibiliti ni buat homeschool jadi lebih santai dan seronok.

Baca juga: Perkara Perlu Tahu Sebelum Mulakan Homeschool

ajar sendiri

Kita tak perlu risau kalau kita sendiri tak pandai semua subjek, sebab tutor online boleh jadi sokongan yang sangat berguna. Anak-anak dapat belajar dengan cara yang mereka suka, dan kita pun tak stress nak handle semua sendiri.

Homeschool tak bermaksud kita kena ajar semua sorang-sorang, ada banyak cara untuk pastikan anak-anak dapat pendidikan yang terbaik!

tutorkomunitionlineguru

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis