Blog

Senarai Semak Perkembangan Bayi 6 Bulan

oleh Hanis Athirah dalam Parenting
Senarai semak perkembangan bayi 6 bulan

Dengan Senarai Semak Perkembangan Bayi 6 Bulan ni, kita boleh tengok apa pencapaian utama si kecil , since gigi pertama sampai kemahiran pergerakan badan. Jangan lupa, ada juga beberapa tanda amaran (red flags) yang kita kena waspada.

Jom sama-sama tengok perkembangan si comel masa usia 6 bulan ni.

1️⃣ Gigi Pertama Bayi
Pada usia ini, pertumbuhan gigi susu pertama dijangka akan berlaku. Sesetengah bayi mungkin akan meragam atau tidak selesa, sementara yang lain mungkin tidak menunjukkan sebarang reaksi. So, untuk melegakan kesakitan mereka, ibu bapa boleh menggunakan teether atau memberikan finger food yang selamat untuk digigit.

2️⃣ Penglihatan
Penglihatan bayi ketika ini hampir setara dengan penglihatan orang dewasa. Mereka mula mampu mengikuti pergerakan objek dengan lebih baik, dan bayi akan berusaha mengambil mainan atau objek yang jauh dari jangkauan. Pada masa ini, bayi juga sudah mula mengenali wajah orang yang biasa dilihatnya.

3️⃣ Pendengaran
Bayi pada usia 6 bulan sudah mula bertindak balas terhadap bunyi dengan lebih baik. Mereka tahu bagaimana untuk menarik perhatian selain daripada menangis dan mereka juga mampu memahami emosi ibu bapa dengan mendengar nada suara yang didengari.

4️⃣ Komunikasi
Kemahiran komunikasi bayi semakin berkembang pada usia ini. Mereka sudah mula membebel, menyanyi, menjerit dan kadangkala mampu “menjawab” apa yang ditanya dalam bahasa mereka sendiri. Bayi juga sering mengulang bunyi suku kata seperti “ma” atau “ba” sepanjang hari.

5️⃣ Pergerakan Badan
Bayi sudah mampu mengangkat kepalanya sendiri dan mengawal kepala dengan lebih baik apabila ditarik dari keadaan baring ke duduk. Mereka juga belajar untuk mengubah posisi, seperti dari berbaring ke duduk atau berdiri ke duduk. Malah, sesetengah bayi sudah mula merangkak pada usia ini.

Tanda Amaran Perkembangan (Red Flags)

Walaupun perkembangan bayi berbeza, terdapat beberapa tanda amaran (red flags) yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa:

❗Tiada respon atau menoleh ke arah bunyi.
❗Tak dapat capai atau menggenggam objek.
❗Tidak menunjukkan minat terhadap perkara di sekelilingnya.
❗Tak memandang mata ketika berinteraksi.
❗Tidak dapat meniarap dan menelentang.
❗Tak mengenali ibu bapa mereka sendiri.
❗Tiada mengeluarkan bunyi vokal seperti “ah,” “eh,” atau “oh”.
❗Susah senyum atau ketawa.
❗Kesukaran mengangkat kepalanya sendiri.

Baca Juga : Aktiviti Fizikal Untuk Gabungkan Pembelajaran Akademik Anak

Perkembangan bayi memang berbeza-beza, so yang penting mak ayah sentiasa peka dengan perubahan si kecil.

Kalau ada tanda red flag, elok terus dapatkan nasihat daripada pakar perubatan atau Occupational Therapist. Yang penting, bayi sihat, gembira dan kita sentiasa support perkembangan mereka!

anak 6 bulanred flags anaksenarai semak bayiparenting malaysia

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

2 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

  1. Aimi Nadia
    -

    Wahhhh! Info yang berguna ! Memang kena stay alert dengan red flags anak ni

  2. -

    Wow! Good sharingg!! Thank you sister

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis