Blog

Senarai Alat Tulis yang Perlu Ada untuk Mulakan Homeschool

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources
alat tulis homeschool

Nak mula homeschool? Mesti kita nak pastikan semua barang-barang asas dah sedia, kan? Alat tulis ni nampak simple, tapi sebenarnya penting sangat untuk pastikan homeschool kita berjalan lancar. Tak payah pening kepala, jom saya share senarai alat tulis yang wajib ada untuk mulakan homeschool dengan penuh gaya gitu.

1. Pensil dan Pemadam: Kawan Baik Anak-anak

First things first, pensil dan pemadam adalah dua benda paling basic yang wajib ada. Pensil ni memang kawan baik anak-anak masa mereka nak buat latihan atau belajar menulis. Tak payah nak fancy sangat, cari pensil 2B biasa pun dah cukup power. Saya pun selalu beli dekat Eco Shop je, ambil yang trusted brand. Tapi kalau nak beli dekat shopee macam ni pun boleh.  Yang penting, pastikan ada pemadam yang tak meninggalkan kesan hitam bila padam, supaya buku kerja mereka tetap bersih dan kemas.

2. Pen: Untuk Tulisan yang Lebih Kemas

Bila anak-anak dah mahir menulis dengan pensil, kita boleh upgrade mereka ke pen. Pilihlah pen yang selesa digenggam, tak terlalu tebal dan dakwatnya tak mudah cair. Kalau mereka suka warna-warni, boleh belikan pen yang ada pelbagai warna. Pen ni juga bagus untuk kita sebagai ibu bapa, bila nak buat nota atau check kerja anak-anak.

3. Kertas A4: Untuk Semua Jenis Kerja

Selain itu, kertas A4 ni memang serbaguna! Dari tulis nota, buat latihan matematik, sampai projek seni, semuanya boleh guna kertas A4. Jadi, pastikan stok kertas A4 sentiasa ada kat rumah. Kalau rasa nak buat sesuatu yang lebih kreatif, kita boleh beli kertas warna sekali. Mesti anak-anak excited nak guna!

4. Buku Latihan dan Nota: Keep Things Organized

Tambahan lagi untuk parents di luar sana, buku latihan dan buku nota memang tak boleh tinggal. Buku latihan bagus untuk anak-anak buat latihan harian, sementara buku nota pula boleh digunakan untuk catat nota penting. Pilihlah buku yang cukup tebal supaya tahan lama, dan kalau boleh, yang ada cover cantik. Bukan apa, supaya anak-anak rasa lebih bersemangat nak guna!

5. Pembaris: Untuk Garisan yang Sempurna

Jangan lupa, pembaris ni mungkin nampak simple je, tapi sebenarnya sangat penting. Nak buat garisan lurus, nak ukur panjang atau nak lukis kotak, semua perlukan pembaris. Kalau nak lebih fun, kita boleh pilih pembaris yang ada corak atau bentuk yang menarik. Anak-anak mesti suka!

6. Gunting Selamat: Untuk Projek Seni dan Kraf

Gunting selamat ni sangat penting, especially bila kita buat projek seni atau kraf. Pilih gunting yang sesuai dengan tangan anak-anak dan pastikan hujungnya tumpul supaya mereka tak terluka. Gunting ni bukan je untuk potong kertas, tapi juga boleh guna untuk aktiviti-aktiviti lain macam potong bahan kraf.

7. Gam dan Tape: Everything Sticks Together

Gam dan tape ni macam bahan magic bagi anak-anak. Guna ni semua benda boleh melekat. Gam stick biasanya paling mudah untuk anak-anak guna, especially untuk projek kraf. Tape pula berguna untuk tampal kertas atau poster kat dinding. Sebab tu, saya sendiri selalu pastikan ada stok gam dan tape yang mencukupi kat rumah ni.

8. Crayon, Pensil Warna dan Marker: Let’s Get Creative!

Untuk anak-anak yang suka melukis dan mewarna, crayon, pensil warna dan marker adalah must-have. Ini semua alat untuk mereka ekspresikan kreativiti dan buat karya seni. Kalau nak lebih meriah, kita boleh beli set yang ada banyak warna. InsyaAllah, mesti mereka seronok!

9. Folder dan Fail: Supaya Semua Teratur

Folder dan fail penting untuk simpan semua hasil kerja dan nota anak-anak. Dengan folder, kita boleh organize bahan-bahan mengikut subjek atau tarikh, jadi semuanya tersusun dan senang nak rujuk balik. Kalau rasa nak lebih fun, boleh beli folder yang ada design comel atau warna-warna penuh keceriaan macam tu. Saya? Mestilah pastel pilihan hati hehe.

10. Whiteboard dan Marker: Untuk Sesi Belajar yang Interaktif

Whiteboard ni memang cool, especially bila kita nak buat sesi pembelajaran yang lebih interaktif. Anak-anak boleh tulis jawapan, buat latihan matematik atau sekadar melukis sambil belajar. Marker putih pula penting untuk tulis kat whiteboard. Paling penting pastikan marker yang tak mudah kering dan senang dipadam.

11. Sharpener: Keep It Sharp!

Last but not least, jangan lupa sharpener. Pastikan ada sharpener yang bagus untuk kekalkan pensil dan pensil warna anak-anak sentiasa tajam. Sharpener yang ada bekas pengumpul habus pensel lagi bagus, supaya tak ada serbuk pensil yang bertaburan.

Baca juga: Sharpener Elektrik: Must-Have Gadget untuk Homeschooling

Sedia dengan Alat Tulis, Sedia untuk Homeschool!

Bila semua alat tulis ni dah lengkap, kita dah ready nak mulakan homeschool dengan penuh gaya! Alat tulis ni mungkin nampak simple, tapi percayalah, mereka adalah foundation penting untuk memastikan homeschool kita berjalan dengan lancar. So, pastikan semua barang ni ada, dan kita akan lihat betapa smooth-nya perjalanan homeschool nanti!

sharpeneralat tulisorganizedkertas a4

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis