” Ada org menangis sebab tak punya anak. Ada orang menangis tak mampu beli keperluan anak , rezeki Allah berikan berbeza beza…”
Baca komen ni, deep sangat rasa.
Perjalanan Menanti Zuriat
Ada orang yang dalam kesunyiaan malam, menangis keseorangan. Doa yang sama diulang-ulang, menanti saat di mana Allah kurniakan zuriat dalam hidup mereka.
Setiap bulan penuh debaran, penuh harapan, tapi bila keputusan tetap tak seperti yang diharapkan, kecewa tu datang lagi. It’s a kind of sadness yang tak dapat digambarkan, macam luka yang tak pernah sembuh sepenuhnya.
Walaupun berat, hati masih tak putus untuk berharap. Mana tahu mungkin bulan depan, Allah akan hadirkan rezeki tu.
Cabaran Mereka Yang Sudah Diberikan Anak
Dan ada pula yang dah dikurniakan anak tanpa disangka, tapi terdetik letih nak handle semuanya. Bukan tak bersyukur, bukan tak sayang. Cuma ada hari-hari di mana rasa overwhelmed sangat.
Anak-anak ada, tapi tenaga pula tak cukup untuk keep up dengan mereka. Ada juga terfikir, mampukan sediakan keperluan anak baru, anak yang masih ada pun masih disukat susu. Ada hari yang rasa macam tak mampu, rasa macam tak cukup kuat nak jalani semuanya.
Anak-anak ni penuh dengan keperluan, penuh dengan tenaga, tapi diri ni kadang dah tak terdaya.
Rezeki yang Datang Dalam Pelbagai Bentuk
“Sometimes, Allah doesn’t give us what we want, but He gives us what we need.”
Rezeki Allah ni memang datang dalam pelbagai cara.
Ada yang diuji dengan sabar menanti, ada yang diuji dengan tanggungjawab besar bila dah dikurniakan anak.
Bagi yang menanti, setiap bulan, setiap doa penuh harapan.Kadang-kadang nampak orang lain senang je dapat rezeki anak, tapi untuk diri sendiri, masih belum kesampaian.
Dan bagi yang dah ada anak, kadang rasa overwhelmed dengan rasa takut tak cukup mampu, takut tak cukup kuat untuk jalani tanggungjawab ni.
Dan ada juga yang sudah dikurniakan anak, tapi tetap dipersoalkan
“Bila nak tambah lagi?”
Ada yang diam-diam rasa sedih, rasa tertekan, bila soalan-soalan macam tu datang, seolah-olah rezeki anak tak pernah cukup di mata orang lain.
Kadang kita terlalu sibuk tengok hidup orang lain sampai lupa yang Allah bagi setiap orang rezeki yang berbeza dan setiap satu tu ada ujiannya.
Ada orang yang dapat rezeki anak dengan cepat, tapi mungkin diuji dengan kemampuan untuk besarkan mereka. Ada yang belum dikurniakan anak, tapi ada kestabilan dalam hidup yang orang lain mungkin tak ada.
Dan ada pula yang sudah cukup bersyukur dengan apa yang mereka ada, tapi masih dipersoal seolah-olah kebahagiaan mereka perlu diukur dengan bilangan anak.
Hakikatnya, setiap perjalanan ni ada keindahan yang tersendiri.
Yang menanti, mereka belajar untuk sabar, belajar untuk tawakal.
Yang dah dikurniakan anak, mereka belajar untuk percaya pada diri sendiri, belajar untuk yakin yang Allah tak akan bagi tanggungjawab ni tanpa sebab.
Percaya Pada Ketentuan-Nya
“Sometimes, the answer to our prayers is not ‘yes’ or ‘no,’ but ‘not yet’.”
Allah tahu exactly apa yang kita perlukan.
Allah letak kita dalam jalan yang berbeza sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang, mungkin ada hari kita rasa nak give up, rasa nak berhenti berharap sebab dah terlalu letih. Tapi ingat, setiap doa yang kita panjatkan, setiap tangisan yang kita lalui, semuanya Allah Maha Mendengar.
Maybe not today, maybe not in the way we expect, but one day, rezeki tu insyaAllah akan datang.
Pada masa yang paling tepat, dengan cara yang paling indah.
Baca juga: Senarai Semak Perkembangan Bayi 6 Bulan
Jadi sama ada kita menanti atau dah dikurniakan anak, semuanya tentang journey hati.
Tentang belajar untuk terima dengan ikhlas, tentang bersyukur walau dalam keadaan sederhana dan tentang terus percaya pada ketentuan-Nya.
Sebab in the end, setiap rezeki yang Allah beri, ada maksud yang hanya Dia tahu.
Rezeki kita mungkin tak sama, tapi setiap satu ada nilainya dan mungkin, itulah rezeki paling tepat untuk kita pada waktu ni.
“Trust that Allah’s timing is perfect, even when your patience is tested.”

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.