Saya tulis ni bukan sebab saya ibu yang sempurna. tapi sebab saya pernah buat silap.
Saya pernah jadi ibu yang cepat respon bila anak buat salah.
Terus cepat tanya.
Atau cepat tegur.
Kadang-kadang cepat betulkan.
Niatnya nak ajar.
Tapi rupanya, tanpa sedar, saya sedang ajar anak satu benda lain iaitu play safe mindset.
BILA RESPON KITA TERLALU CEPAT
Saya pernah buat silap ni.
Bila anak buat salah sikit, refleks saya terus laju.
“Kenapa adik buat macam ni…?”
“Sepatutnya boleh fikir kan abang….”
“Kan mama dah cakap tadi, jangan buat camni….”
Niat asal memang nak betulkan.
Nak anak jadi lebih baik.
Nak anak belajar.
Tapi lama-lama saya perasan satu benda yang senyap-senyap terbentuk dalam diri anak.
Play safe mindset.
Bila kita cepat cari salah, anak belajar bahawa:
- buat silap = bahaya.
- cuba benda baru = risiko kena marah.
- bersuara = kemungkinan ditegur.
BILA ANAK MULA PILIH JALAN PALING SELAMAT
Jadi, saya perasan lepas tu mereka mula pilih jalan paling selamat.
Dah tak tanya banyak, Dah tak explore jauh.
Dah tak berani mencuba sesuatu yang belum pasti betul.
Bukan sebab mereka malas.
Bukan sebab mereka tak kreatif.
Tapi sebab mereka belajar satu survival skill iaitu jangan buat silap depan orang yang kita sayang iaitu saya!
Sebagai mak, benda ni pedih bila saya sedar.
Sebab dunia sebenar sepatutnya tak dibina oleh orang yang sentiasa betul, tapi oleh orang yang berani salah, belajar dan bangun semula.
Alhamdulillah Allah beri kesedaran.
Sekarang saya cuba slow down.
Bila nampak kesilapan, saya tanya dulu:
“Apa yang abang fikir masa buat ni?”
“Kalau boleh ulang semula, apa yang adik nak tukar?”
Nada tu penting.
Bukan untuk lepaskan salah, tapi untuk ajar anak bahawa selamat untuk mencuba walaupun tak sempurna.


Tips paling penting yang saya pegang sekarang anak tak perlukan mak ayah yang cepat betulkan tapi anak perlukan mak ayah yang tenang untuk menemani proses pembelajaran mereka.
Saya masih belajar bab ni. Kadang-kadang masih terlepas juga.
Tapi sekurang-kurangnya sekarang saya sedar setiap respon kita, boleh ubah cara anak melihat dunia.
Saya selalu share idea homeschool harian di Instagram juga, kalau nak follow boleh klik di sini

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.