Ada yang pernah tanya, travel jauh-jauh sampai ke negara dekat dengan kutub utara, bawa anak-anak kecil okay ke dorang?
Penat tak? Anak buat perangai tak?
Anak-anak kami Alhamdulillah Allah bagi rezeki seawal usia 1 tahun lebih dah biasa jalan jauh sebenarnya.
Paling jauh perjalanan ambil masa selama 23 jam untuk sampai ke destinasi.
Nak kongsi tips tak pandai sangat, cuma kami hanya mampu kongsi pengalaman saja persediaan sebelum dan semasa perjalanan jarak jauh bersama anak kecil ni.
Kami pun banyak try and error, banyak tak tahu dan dari pengalaman kami belajar.
Jadi saya tulis sini untuk perkongsiaan bersama.
Persediaan sebelum memulakan perjalanan jarak jauh
1. Penerbangan Waktu Malam
Seeloknya pilih penerbangan yang bertolak pada waktu malam.
Jadi anak akan dapatkan rehat yang cukup semasa penerbangan. InysaAllah risiko untuk mendapat jet lagged bekurangan. Kalau kena pun maybe tak teruk sangat.
2. Tempat Duduk Beserta Basinet
Bila ada anak yang masih bayi, boleh pilih tempat duduk yang disertakan dengan basinet untuk kemudahan kita nanti.
Barulah kita tak penat nak meriba anak sepanjang penerbangan.
3. Bawa Ubat-Ubatan Extra Dalam Bag Hand Carry.
Semak kuantiti tak lebih 100ml. Boleh label dan declare. Sebab bila penerbangan international ni strict sangat. Masa security check kita tak dibenarkan bawa cecair masuk.
Tapi ubat spare macam mana perlu ada. Sebab kami pernah hari tu, ubat lupa letak dalam bag hand carry.
Semasa penerbangan badan Afraz mula start panas. Risau betul sebab Afraz pernah ada history kena sawan.
Memang jadi pengajaran sebab kami suami isteri tak tenang nak lelap mata.
Berulang ke tandas basahkan badan anak. Monitor kesihatan Afraz betul2.
Mujurlah transit kejap dekat Istanbul, dapat ikhtiar beli ubat.
Walaupun harga masa tu seramnya tapi untuk anak kita ikhtiar. Jadi pengajaran betul kat sini.
4. Datang awal ke airport.
Walaupun flight kami bertolak malam, lepas Zohor kami dah cuba turun dari rumah.
Kalau flight domestik takpe lagi, bila melibatkan penerbangan international memang tak boleh main belasah je, melayang duit nanti.
Nanti dah sampai boleh tenang², rehat dengan anak. Tak kelam kabut sangat.
5. Sekiranya boleh, pilih penerbangan yang menawarkan makanan halal.
Kalau takde pun boleh request siap-siap semasa nak booking tiket.
Even tak sedap mana pun memang kena cuba telan hee.
Paling penting, dalam hand carry bag standy makanan untuk anak lapik perut seperti biskut dan roti.
Boleh beli semasa dekat airport atau nak jimat boleh beli awal siap-siap. Bab air takpe, atas flight boleh je minta dengan stewardess nanti.
6. Bawa kelengkapan alat tulis dan mainan untuk hiburan semasa penerbangan nanti.
Discuss dengan anak pilihan mainan mereka.
Mainan yang lebih kepada imaginasi atau open ended play tapi ringan sangat sesuai untuk dibawa bersama.
7. Bawa sleeping mask dan earplugs semasa travel
Ini penting untuk memudahkan anak untuk tidur dan mengurangkan rasa sakit dekat gegendang telinga semasa take off atau landing akibat tekanan udara.
Tapi kebiasannya memang dah disediakan pihak airline.
Anak² juga dibiasakan untuk belajar kawal teknik pernafasan khas untuk meredakan sakit telinga.
Dulu masa anak bayi lagi senang, breastfeed je untuk legakan ketidakselesaan anak.
8. Hari nak bertolak, bangun lebih awal dari biasa.
Bagi anak main aktif dulu sepuas hati mereka.
Nanti atas flight kena duduk diam sebab ruangan pergerakan terhad kan?
Sepanjang hari anak aktif, naik flight pula selalu kami jadi orang terakhir atau tunggu dah tak sesak baru masuk.
Nanti senang, dah masuk flight, badan dah penat kejap je anak rasa sejuk selesa, mudah je mereka tidur.
Baca juga: Persiapan Bawa Bayi Travel Supaya Perjalanan Smooth dan Enjoy

Dulu saya pun sama, risau sangat sampai termimpi-mimpi tak yakin kemampuan diri untuk travel.
Alhamdulillah, pengalaman dulu, Allah permudahkan perjalanan yang paling mencabar, solo tanpa ditemani suami, bawa Afraz ketika tu usia 1 tahun lebih ke New Zealand.
Kitalah hurung stroller sorang-sorang, tapi tu takpe lagi sebab usia masa ni tak banyak songeh sangat kecuali bila dialapar dan mengantuk.
Saya akui agak mencabar juga tapi kalau dah planning awal InsyaAllah senang dan smooth saja perjalanan. Sebenarnya tak susah, tapi ada tricknya kalau nak bawa anak kecil naik kapal terbang ni.
Semoga ada manfaatnya untuk ibu bapa di luar sana
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.